in

Siapakah Juara Gema Gegar Vaganza Musim Kedua?

Setelah 6 minggu berentap di pentas Gema Gegar Vaganza (GGV), Jumaat ini kita bakal saksikan seorang bintang akan dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim kedua. Kesemua enam finalis telah diumumkan pada akhir persembahan konsert separuh akhir minggu lalu.

Gema Gegar Vaganza

Menepati ramalan, bintang yang paling konsisten persembahannya setiap minggu iaitu Adeep Nahar, Fitri Haris dan pasangan duo Heliza & Hazwani berjaya menempa tempat ke pentas akhir. Turut bersama-sama mereka adalah dua kumpulan nasyid otai yang cukup berpengalaman, Brothers dan InTeam serta penyanyi solo yang mempunyai vokal mantap, Awi Rafael.

Untuk cabaran di minggu akhir ini, bertemakan ‘Gema Akhir’, setiap finalis harus membuat dua persembahan iaitu persembahan solo dan battle. Bagi persembahan battle, Adeep Nahar akan berentap bersama Fitri Haris menerusi lagu nyanyian Mawi & Hazama, Al Nuraa… Yang 5… Yang 6, Heliza & Hazwani bersama Awi Rafael mempersembahkan lagu Pejamkan Mata nyanyian Malique (feat. Dayang Nurfaizah) serta InTeam dan Brothers yang akan beradu tenaga menerusi lagu Al Haq… Yang Satu nyanyian Mawi (feat. Dato’ AC Mizal).

Pentas akhir GGV akan turut menyaksikan sebuah persembahan istimewa daripada penyanyi lagenda tanah air, Zamani. Beliau tidak keseorangan di pentas sebaliknya bakal disertai oleh seorang bekas ahli kumpulan Raihan yang telah lebih sedekad menyepikan diri dari industri hiburan, Nazrey Johani. Mereka berdua bakal menggemakan pentas akhir menerusi lagu hit kumpulan Raihan, Iman Mutiara.

Jika tahun lalu kita menyaksikan kumpulan UNIC menjulang trofi juara, siapa pula yang bakal mengikut jejak langkah mereka pada Jumaat ini seterusnya membawa pulang RM100,000.00? Adakah peserta berkumpulan atau peserta solo? Sama-sama kita saksikan kelak. Siaran Langsung Konsert Akhir Gema Gegar Vaganza musim kedua akan berlangsung pada 12 Mei 2018 (Sabtu), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Umum Bakal Tayang US & THEM Arahan René Liu

Christina Aguilera & Demi Lovato Bakal Perform Duet di 2018 Billboard Music Awards