in

Siapa Pemenang Imam Muda Terunggul Musim Ketiga

IMAM MUDA TERUNGGUL MUSIM KETIGA DINOBATKAN JUMAAT INI
Disiarkan serentak di Astro Oasis dan Mustika HD bermula 9.00 malam

Setelah sembilan minggu para Imam Muda berada dalam program realiti yang masih menjadi fenomena di negara ini, perjuangan mereka kini tiba di kemuncaknya. Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), Bangi akan menjadi saksi salah peserta seterusnya yang akan mengikut jejak langkah Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan sebagi juara. Kemuncak Imam Muda ini bakal bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) bermula 9.00 malam, Jumaat ini.

Para Peserta Yang Sudah Tersingkir Turut Memberikan Sokongan

Para peserta yang sudah tersingkir turut memberikan sokongan

Para finalis yang terpilih ke peringkat akhir ini merupakan yang terbaik di kalangan 10 Imam Muda pada musim ketiga ini. Buat pertama kalinya, seramai tiga orang terpilih untuk bersaing ke peringkat akhir. Mereka adalah Mohammad Hafiz Abdul Khodir, 27 tahun dari Kuala Lumpur, Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 dari Perak dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 tahun dari Johor.

Kesemua finalis Imam Muda yang sedang dikuarantikan di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dilihat sedang membuat persiapan rapi menjelang Kemuncak Imam Muda. Mereka dibantu oleh Dato’ Hassan Mahmud Al Hafiz selaku mudir, mursyid Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur dan para Naqib yang terdiri daripada para alumni Imam Muda musim pertama dan kedua.

Tiga Finalis. Dari Kiri - Im Naufal, Im Hafiz Dan Im Jabar

Tiga finalis. Dari kiri – IM Naufal, IM Hafiz dan IM Jabar

Mengulas persiapan menjelang Kemuncak Imam Muda musim ketiga, Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar berkata, “Astro Oasis amat berbangga dengan pencapaian para peserta pada musim ketiga ini. Secara keseluruhannya, kualiti para peserta terus meningkat berdasarkan ujian teori, tugasan, pengucapan awam dan sahsiah diri. Pemilihan yang amat rumit terpaksa dilakukan untuk memilih para finalis ini memandangkan hampir kesemua peserta di peringkat separuh akhir mempunyai potensi yang seimbang. Namun, inilah tiga peserta terbaik untuk musim ini.

Kami berharap kesemua finalis ini dapat melaksanakan semua tugasan dengan tenang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dalam program ini dapat digunakan untuk sebaik mungkin bukan sahaja untuk Kemuncak Imam Muda, tetapi setelah keluar daripada program ini dan sekembalinya ke pangkuan masyarakat.”

Juara Imam Muda musim ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala Naib Juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala. Tempat ketiga turut bakal memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala.

Siapakah antara Imam Muda Hafiz, Imam Muda Jabar dan Imam Muda Naufal yang bakal dinobatkan sebagai juara? Semuanya akan terjawab dalam Kemuncak Imam Muda di Astro Oasis (Saluran 106) dan serentak di Mustika HD (Saluran 134) bermula 9.00 malam, Jumaat ini.

Bagi yang ketinggalan menonton pada hari Jumaat, anda boleh mengikuti siaran ulangan pada jam 11.00 malam hari yang sama dan hari Sabtu, 4 Ogos 2012 jam 5.30 petang atau hari Ahad 5 Ogos 2012 jam10.00 pagi di Astro Oasis (Saluran 106).

Im Hafiz, 27- Sudah Bergelar Imam Di Sebuah Masjid Di Subang Jaya

Im Naufal, 21 Tahun Merupakan Peserta Termuda Yang Layak Ke Peringkat Akhir Imam Muda

IM Naufal, 21 tahun merupakan peserta termuda yang layak ke peringkat akhir Imam Muda

Im Jabar - 28 Tahun, Peserta Tertua

IM Jabar – 28 tahun, peserta tertua

Ustaz Akhil Hayy, Pengacara Imam Muda 3

Ustaz Akhil Hayy, pengacara Imam Muda 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Drama Budak Reben Merah