in ,

Siapa Kekasih Baru Nurul?

Dua tiga hari lepas, Budiey terbaca status Facebook penyanyi berstatus janda seksi yang meletop ni, siapa lagi kalau bukan Nurul. Lain macam aje bunyinya. Tapi yang penting, status yang ditulisnya tu menggambarkan jiwanya yang bahagia. Yea, Nurul happy! Bagus tu, buat apa kita sedih-sedih kan?

Nurul katanya… dah tak sabar menunggu untuk mengumumkan the BIG DAY yang akan diumumkan pada bulan Disember depan. Budiey pun rasa tak sabar nak tunggu ni… apalah agaknya ya berita baik tu.

Dalam pada itu, bekas isteri Ajai ni tak lama lagi akan jadi duta dan jurucakap untuk produk pelangsingan badan. Dengarnya, nilai kontrak yang ditawarkan kepada Nurul, bukannya sikit… mahunya dekat berpuluh-puluh ribu… atau mungkin juga ratusan ribu! Siapa tahu kan?

Tapi itu rezeki Nurul… orang kata diam-diam ubi berisi. Alhamdulilah…

Dalam pada syok tengok penyanyi ni happy dengan kehidupannya. Budiey ada dengar gossip terbaru dari sumber yang boleh dipercayai… yang Nurul selalu kelihatan berada di kawasan Damansara… Buat apa kat sana? Menurut sumber tu, Nurul ke sana bukan berseorangan tapi… jeng jeng jeng… mestilah berdua. Aik, bila masa Nurul dapat teman baru ni?

Adakah berita happy, the big day tu ada kena mengena dengan gossip yang Nurul dating kat Damansara ni?… Apa-apa pun, Budiey harap, Nurul terus happy. Kalau nak buat majlis kenduri tu, jangan lupa jemput ya. Kalau betul ada orang baru… harap Nurul terus happy.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Jazz Orkestra Gegar Jakarta International Jazz Festival

Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24