in , ,

Shuk Mohon Maaf Tidak Sensitif dengan Musibah di Pasir Gudang

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Gara-gara terlepas cakap dengan menjadikan musibah yang melanda penduduk Pasir Gudang sebagai bahan lawak, Shuk telah menerima ramai menegur agar lebih berhati-hati.

Penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar yang didakwa tidak sensitif dengan nasib penduduk Pasir Gudang yang menjadi mangsa pencemaran sisa kimia berbahaya. Dakwaan berkenaan timbul apabila Shuk yang juga seorang penyampai segmen Geng Pagi Hot FM (GPH) menjadikan musibah itu sebagai bahan jenaka dengan berkata ‘kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti’.

“Saya memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak,”
– Shuk Sahar

Bagaimanapun, warganet mengaitkan kata-kata Shuk itu sebagai tidak peka dan prihatin.

Insiden itu berlaku ketika GPH menghubungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagi berkongsi perkembangan sesi persekolahan di kawasan berkenaan yang mana 111 sekolah terpaksa ditutup.

“Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.

“Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera,”

– Shuk Sahar

Sementara itu, pihak pengurusan Hot FM dalam kenyataan bertulis memaklumkan, mereka mengambil serius dan menghargai aduan yang diterima daripada pendengar berkenaan isu (GPH) dan situasi yang berlaku di Pasir Gudang.

“Kami memohon maaf sekiranya isi kandungan GPH pagi ini menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang ramai.

“Kami akan terus memperbaiki penyampaian dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pendengar. Teguran dan sokongan anda amat kami hargai,”

– Hot FM

Pihak Hot FM turut mendoakan supaya semua yang terkesan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi musibah itu.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Pengarah Filem Ahmad Idham Dilantik CEO FINAS

Azian Mazuan Safuan Teruja Anak Dapat 7A SPM