in , ,

Shuib Hadiahkan Siti Sarah Jam Tangan Harga Puluhan Ribu Ringgit

Sempena ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke-36 hari ini, Shuib Sepahtu membuat kejutan istimewa malam semalam serta menghadiahkan isteri tersayang seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit.

Menurut Sarah, dia mengakui jam tangan mewah jenama Rolex itu antara hadiah paling mahal pernah diberi oleh suami. Ujarnya lagi, dia perlu belajar menyarung jam tangan mulai sekarang kerana dia tidak suka memakai aksesori.

“Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.

“Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras. Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” 

– Siti Sarah

Dalam pada itu, Shuib berkata dia mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya. Ujarnya lagi, hadiah itu juga adalah ganjaran untuk isterinya di atas peniagaan yang dijalankannya yang semakin membuahkan hasil.

“Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.

“Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,”

– Siti Sarah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pencipta Kandungan Antarabangsa Berkongsi Apa yang ‘Best’ Mengenai Malaysia

Gambar Hiasan

Wanita Lapor Polis Dakwa Malu Dihina ‘Influencer’