in , ,

Showcase ‘SEMUSIM’ Bersama Marcell di Planet Hollywood Ahad Ini

Marcell akan mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada 19 Ogos 2007 (Ahad) ini.

Terkenal dengan kehebatan beliau membuat persembahan, suara yang cukup unik dalam mendendangkan lagu-lagu berentak R&B dan soul serta mempunyai kreadibiliti sebagai seorang penghibur yang cukup unggul, Marcell akan mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada 19 Ogos 2007 (Ahad) ini. Persembahan yang akan bermula pada pukul 10.00 malam ini bakal menyaksikan kehebatan artis kelahiran Bandung, Indonesia ini menghiburkan peminat-peminat beliau yang ada di Malaysia ini, di dalam suasana yang penuh intimasi, hanya di Planet Hollywood.

marcell semusim flyer

Dengan mengadakan persembahan istimewa ini, Marcell akan berdiri sebaris dengan artis-artis terkemuka Indonesia lain yang pernah mengadakan persembahan di pentas utama Planet Hollywood. Di antarnya ialah Dewa, Ungu, Peterpan, Radja, Kris Dayanti, Rossa, Ratu, Ruth Suhanaya dan Samsons!

marcell photo

Marcell atau nama sebenarnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, merupakan di antara penyanyi yang cukup berbakat besar Indonesia. Lagu-lagu beliau yang kebanyakannya berentak urban-tempo terbukti berjaya hinggap di hati pendengar-pendengar muzik bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia juga! ‘Hanya Memuji; sebuah lagu berentak up-beat yang dinyanyikan bersama seorang lagi penghibur terkemuka di Indonesia; Shanty berjaya menambat hati peminat-peminat muzik berentak R&B dan soul di kedua-dua buah negara ini. Tidak lama selepas itu, lagu beliau yang berjudul ‘Semusim’ pula berjaya menggambit hati pendengar muzik tempatan dan cukup kerap sekali diputarkan di corong-corong radio.

Apa yang perlu di banggakan sekali ialah apabila lagu tersebut berjaya mengisi carta-carta radio, seiring dengan lagu-lagu tempatan yang lain! Sehingga hari ini, Marcell sudah melahirkan 3 album di bawah label Warner Music Indonesia. Album pertama beliau berjudul ‘Marcell’ pada tahun 2003 berjaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari peminat-peminat tempatan dan melihatkan kepada sambutan yang diberikan itu, Marcell kemudiannya tampil dengan album kedua beliau setahun selepas itu.

‘Marcell- REPACKAGE’ yang dilahirkan pada tahun 2004 juga berjaya mendapat sambutan yang cukup baik dari para peminatnya di luar sana. Pada tahun yang sama juga, Marcell tampil dengan album ketiga beliau yang berjudul ‘Marcell- DENGANMU’. Ketiga-tiga album ini sudah cukup untuk membuat diri Marcell di kenali di luar sana. Terbukti sudah, sesungguhnya Marcell mempunyai bakat yang cukup besar di dalam arena muzik Indonesia dan umpama mutiara, Marcell makin bersinar dari hari ke hari!

“Saya cukup teruja apabila diberi peluang untuk menghiburkan para peminat saya yang ada di Malaysia. Saya menjanjikan untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk mereka semua. Jumpa ada di sana!”, jelas Marcell dengan gembiranya. 

Marcell sendiri juga menjemput penyanyi berbakat besar tanah air; Dayang Nurfaizah untuk membuat penampilan istimewa di dalam showcase beliau ini nanti. Pada malam itu juga, Marcell akan diiringi oleh barisan pemuzik terkenal tanah air yang cukup berbakat dan di ketuai oleh Sham Kamikaze, selaku Pengarah Muzik bagi malam tersebut!

marcell photos

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Marcell ini, di mana anda semua akan dihiburkan dengan lagu-lagu istimewa dari album-album beliau yang terdahulu. Berbekalkan dengan lontaran vokal yang terbaik dan aura persembahan yang cukup unik, sudah pasti ia mampu memukau malam minggu anda! Di antara lagu-lagu popular beliau yang akan dinyanyikan pada malam tersebut termasuklah ‘Semusim’, ‘Firasat’ dan banyak lagi! Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini untuk menonton Marcell, live di Planet Hollywood pada 19 Ogos 2007 ini, pukul 10.00 malam!

Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan mengenai pembelian tiket, sila hubungi 03-2144 6602.

Tarikh/ Hari:
19 Ogos 2007 (Ahad)

Masa:
10.00 malam

Tiket:
RM 50.00 termasuk satu minuman (Berdiri)
RM 70.00 termasuk satu minuman (Duduk)

* Persembahan hanya untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acara Konsert Ungu di Ruums Life Centre di Kuala Lumpur Pada 9 Ogos 2007

Chermin Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival