in

Showcase Calon Akhir Anugerah Industri Muzik Ke 21

Kemeriahan Penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) Bagi Kali Ke 21 Tahun Semakin Terasa Kehangatannya Apabila Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Menganjurkan 2 Siri ‘Showcase’ Yang Menampilkan Calon-Calon Akhir AIM21.

Siri Pertama Telah Pun Bermula Pada Hari Ahad Lepas (23 Nov 2014) Bertempat Di Hard Rock Cafe Melaka Dari Pukul 5.00 Petang – 7.00 Petang. Artis-Artis Yang Terlibat Adalah Seperti Forteen, Azhael, Haiza, Filsuf, Zarul Dan Marsha.

Sesi Kedua Akan Menyusul Pada Hari Ahad Ini (30 Nov 2014) Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Dari Pukul 9.00 Malam- 11.00 Malam. Pada Kali Ini Band-Band Seperti S.O.G, Persis, Klangit Dan Drama Band Akan Membuat Persembahan.

Tiket Masuk Dijual Pada Harga RM50 Seorang.

Maklumat Lanjut Mengenai ‘Showcase’ Ini Boleh Di Dapati Dalam Laman Sosial AIM.

poster showcase Hard Rock Cafe KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AZHAN RANI

Sekitar Tayangan Perdana LELAKI HARAPAN DUNIA

Stacy & Tomok Hangatkan Konsert Minggu Ke-4 POP KREW