in

Showbiz Productions Mula Tunjuk Taring

Walaupun hanya setahun selepas penubuhannya, Showbiz Productions Sdn. Bhd. (Showbiz) telah menunjukkan taringnya dengan menampilkan filem-filem komersil yang memuaskan selera penonton khususnya bagi masyarakat yang mengemari filem Melayu. Diantara filem yang telah dikeluarkan Showbiz adalah “Kahwin 5” dan “Hantu Kapcai” yang turut dinobatkan Filem Terhebat di Anugerah Blokbuster pada 2012.

Kini, Showbiz dengan kerjasama Marna Films mengorak langkah setapak lagi dengan menggeluarkan 3 filem berturut-turut pada bulan November dan Disember 2013 iaitu “Hantu Tok Mudim” (21 November 2013), “Ular” (5 Disember 2013) dan “Chikaro” (26 Disember 2013).

Di Majlis Doa Selamat dan Pelancaran ketiga-tiga filem tersebut, Zarina Abdul Rahman selaku Ketua Operasi Showbiz mensasarkan penerbitan 6 filem setiap tahun mulai tahun 2014. “Walaupun Showbiz tidak mengeluarkan bajet yang terlalu tinggi untuk menerbitkan sesebuah filem, tetapi kami akan memastikan filem terbitan kami memuaskan selera penonton selain menampilkan artis-artis terkenal dalam pelbagai genre. Anggaran kos terbitan filem kami adalah di sekitar RM1 juta walaubagaimanapun akan tetap mengeluarkan peruntukan yang lebih besar bagi filem-filem seperti “Ular” yang telah menelan belanja sebanyak RM1.8 juta.”

Turut hadir pada majlis tersebut adalah para pengarah dan pelakon filem-filem keluaran Showbiz. Butiran mengenai filem-filem tersebut adalah seperti berikut:

Hantu Tok Mudim

Filem : Hantu Tok Mudim
Tarikh Tayangan : 21hb November 2013
Pengarah : Wan Hafiz
Pelakon : Izzue Islam, Soffi Jikan, AR Badul, Harun Salim Bachik,
Adrea Abdullah
Genre : Komedi Seram
Klasifikasi : P13
Sinopsis :

Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang memiliki rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang mencemburui Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang sabotaj untuk operasi malam tersebut.

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam itu, mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Toq Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.

Filem Ular

Filem : Ular
Tarikh Tayangan : 5hb Disember 2013
Pengarah : Jason Choong
Pelakon : Lisa Surihani, Yusry KRU, Izzue Islam, Harun Salim Bachik
Genre : “Creature/Thriller”
Klasifikasi : 18
Sinopsis :

Myra, adalah wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan untuk membuat liputan tentang pelancaran pusat percutian impian di sebuah resort yang baru dibuka. Dia yang ditemani jurukameranya Remy, menyedari ada sejarah hitam yang disembunyikan oleh pemilik resort tersebut apabila satu persatu pengunjung yang memenangi hadiah percutian ke pulau itu hilang.

Aziz, pemilik resort yang juga merupakan bekas banduan dan isterinya, Rohani terpaksa membuka resort tersebut kerana tekanan kewangan walaupun tahu tentang masalah habitat asal yang mengganas di situ. Sebagai langkah penyelesaian sementara, satu rangkaian pagar elektrik telah dibina mengelilingi bangunan resort bagi mengasingkan haiwan pemangsa pulau itu dari mengganggu manusia. Walaubagaimanapun, diatas kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy; pagar elektrik tersebut telah dipadamkan menjadikan keadaan huru-hara apabila ribuan ular yang kelaparan keluar membaham mangsa.

“Ular” sebuah filem aksi ‘creature feature’ yang menggambarkan sifat semula jadi manusia apabila berdepan dengan situasi hidup atau mati.

Filem : Chikaro
Tarikh Tayangan : 26th Disember 2013
Pengarah : Nizam Zakaria
Pelakon : Izzue Islam, Izara Aishah, Adleena
Genre : Komedi
Klasifikasi : U

Sinopsis :
Kehadiran Anggun, seorang gadis kampung yang naif mendapat peluang menjalankan latihan praktikal di sebuah syarikat media di Kuala Lumpur telah menarik minat Mukhriz; seorang bekas mat rempit yang telah bersara. Mukhriz berhasrat menjadikan Anggun sebagai Chikaro barunya dan dengan teknik-teknik ‘usha’ mat rempitnya, dia ternyata tidak bertepuk sebelah tangan.

Tuah Anggun berubah apabila dia telah dipilih menggantikan hos rancangan gosip; Paparazzi. Perubahan Anggun yang menjadi seorang wanita yang berkeyakinan tinggi dan glamor menimbulkan rasa cemburu sepupunya, Nori yang turut bersaing dengan Anggun dalam segala hal baik peribadi, ketrampilan dan kerjaya. Nori bertindak untuk menundukkan ‘lawannya’ dengan memecahkan rahsia Anggun kepada keluarganya.

Anggun tersepit dalam dilema antara minat kerjaya dan permintaan ibunya yang melarang dia meneruskan latihan praktikal di situ. Hal ini turut menimbulkan keresahan di hati Mukhriz .
Berjayakah Mukhriz dengan misi mendapatkan Chikaro bagi menghiasi kapcainya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Peraduan Kisahku Almera Bawa Pulang RM20,000

Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fahrin Ahmad