in

Shila Amzah Wakil Malaysia ke MIDEM Cannes Perancis

Penyanyi terkenal yang kini menempa nama di China, Shila Amzah bakal mewakili Malaysia di Marche International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada 3 Februari depan.

Delegasi itu akan diketuai di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Shila Amzah akan menyampaikan sebanyak empat buah lagu iaitu Masih Aku Cinta, Sedar, sebuah lagu Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Mandarin.

Shila Amzah ke sana tidak berseorangan tetapi bersama tiga penyanyi tempatan iaitu Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter. Budiey ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga korang membawa pulang trofi kemenangan. Itu yang kita semua harapkan.

Good luck, Shila Amzah!

Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 11

Astro Umum Calon Top 5 Anugerah MeleTop ERA Hari Ini