in , , , , ,

Shila Amzah, Nora Danish, Neelofa, Stacy Dalam Program Riuh

Riuh @ 1 Musim Ke-3 Tampilkan Ramai Lagi Artis Popular di TV1

[dropcap]M[/dropcap]asuk musim ke-3 siarannya, Riuh @ 1 menjanjikan pengisian program lebih menarik lagi untuk tontonan seisi keluarga terutama di kalangan remaja. Program eksklusif bercorak majalah hiburan bersama artis jemputan pada setiap minggu ini menarik tumpuan pengikut setia artis yang sememangnya memiliki nama besar dalam industri hiburan tanah air.

logo program

Saksikan program terbitan Luncai Emas Sdn Bhd ini menemui penonton mulai 4 Januari 2013, setiap Jumaat, jam 4.05 petang menerusi saluran TV1 yang menampilkan pengacara Shairunizam Sapian bersama hos musim ke-2 lalu, Diana Rusdi bergandingan untuk musim baru ini. Sebelum ini program disiarkan setengah jam ini pernah mengetengahkan pengacara remaja, pelakon Raja Farah bergandingan dengan penyanyi kelahiran sebuah program realiti TV, Azfar untuk musim pertama.

[pullquote align=”right”]Jangan lupa tonton program terbitan Luncai Emas Sdn Bhd ini, RIUH mulai 4 Januari 2013, setiap Jumaat, jam 4.05 petang menerusi saluran TV1[/pullquote]

Menariknya, musim dalam baru ini beberapa segmen baru diperkenalkan seperti Siapa Artis Riuh Minggu Ini?, Riuh Makan dimana?, Riuh Jom Beli-Belah, Scoop Riuh, Di Sebalik Riuh, Riuh, Brader Riuh dan Klip Video Riuh dalam 13 episod siarannya.

Artis popular yang bakal menggamatkan musim ke-3 adalah Ning Baizura, Nora Danish, Ana Raffali, Neelofa, Hafiz, 6ixth Sense, Stacy, Shila Amzah, Yazer, Qalisha Ray, Adira, Aryan Band, One Nation Emcee, Pita Hati, Kugiran di Tepi Pantai, Ernie Zakri dan ramai lagi.

Pelbagai aktiviti menarik dikongsi bersama artis undangan termasuklah episode bersama Ernie Zakri (juara bintang RTM 2009) makan Nasi Ambeng & belajar muzik Ghazal di Kampung Seri Menanti Darat 7, Muar, Johor. Begitu juga aktiviti santai Aryan Band menjadi penoreh getah di Felda Gemas, Negeri Sembilan juga Band PitaHati busking di kota A Farmosa, Melaka.

Berseronok juga dengan episod artis undangan Black turun ke bendang untuk jadi seorang pesawah & petani di Tg Karang, Selangor, berbasikal di Taman Botani, Putrajaya bersama Neelofa & Mimi Sham juga Yasmin Hani menggoreng Keropok lekor di gerai Losong, Kuala Terengganu.

Berhibur sambil berkongsi aktiviti menarik dilakukan artis kesayangan anda menerusi program santai, Riuh @ 1 hanya di TV1.

episod bersama Yasmin Hani

episod bersama One Nation Emcee

episod bersama Neelofa

episod bersama Black

episod bersama Aryan Band

bersama artis jemputan, Intan Ladyana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

National Geographic Siar Program Explorer Top 125

Rabbani & Datuk Sharifah Aini di Makan Malam Amal Hospital For Gaza H4G