in

Shila Amzah Minta Blogger Hiburan Agar Lebih Beretika

Walaupun dah banyak kali Shila Amzah mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengaitkan lagi beliau dengan berita percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin, namun masih ada lagi berita-berita dan tulisan yang agak annoying telah disiarkan oleh blogger dan portal hiburan. Inilah senario yang berlaku apabila blogger mengambil kesempatan untuk menaikkan rating dan jumlah pembaca untuk mengaut keuntungan wang berkali ganda dengan setiap kontroversi yang berlaku. Apatah lagi semalam, kita semua dikejutkan dengan berita putusnya ikatan cinta antara Johan & Lana. Di celah-celah tulisan tu, dah tentu ada nama Shila Amzah… seperti ianya tak dapat dielakkan lagi la kan?

Semalam juga kecoh di medan alam maya Twitter dengan acara balas-membalas mesej apabila Shila Amzah telah memberi amaran kepada sebuah blogger hiburan yang mengaitkan namanya dengan pasangan kontoversi tersebut. Budiey ingin memetik beberapa ayat kenyataan Shila Amzah di akaun twitternya, Shila berkata :

“Assalamualaikum, Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan atau mengaitkan Sha dengan sesiapa.”

Dalam pada itu, Shila juga berkata artikel daripada portal tersebut juga tidak membantu untuk memperbaiki kerjaya seseorang artis.

“…sebab Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang artis. Jadi, saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya…jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham.”

Terbaru, mengikut laporan portal hiburan dalam artikel berjudul Johan Asari dan Lana Nordin putus cinta, penulis telah menyatakan :

“Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini? Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?.”

Sebelum ini, mengikut laporan media, selepas cinta Shila berakhir dengan pelakon Sharnaz Ahmad, Shila telah memuat naik video yang menunjukkan beliau menyanyi lagu Ombak Rindu. Dalam perkembangan sama, penulis blog hiburan berkenaan telah menyatakan perkara itu bukan fitnah.

“Shila, ok ok. Mana ada fitnah pun. Cakap ‘berbunga hati’ saja kot. Maaf ya,” tulisnya dalam akaun twitternya.

Komen Budiey:

Budiey kira, perkembangan blog yang semakin meluas dan terbuka sekarang ini dah membuatkan setiap selebriti faham dengan konsep dan kerja penulis blog yang mahu menaikkan rating, mahu menambahkan jumlah pembaca dan sekaligus ini akan memberikan pulangan wang yang berjuta-juta ringgit. Tidak hairan, Budiey lihat sekarang ini blogger pun boleh hidup mewah, berkereta besar mengalahkan wartawan dan mempunyai jumlah pendapatan yang sangat banyak setiap bulan.

Untuk blogger hiburan, pastinya tiada lain yang akan dibentangkan di blog mereka selain dari bahan berita berupa gossip dan kontroversi kerana bagi mereka, semua orang suka gossip dan kontroversi. Jadi, nak tak nak kena buat gossip untuk tambah jumlah pembaca tanpa mengambil kira sensitiviti orang lain. Budiey menyokong teguran Shila Amzah supaya blogger sekarang kena lebih beretika dan menghormati pendirian artis.

Setiap selebriti kena ada pendirian masing-masing tentang penyiaran berita di media massa dan blog serta portal. Ada setengah artis pula, mereka tidak peduli dengan kata orang. Nak kata apa, nak tulis apa dalam blog, lantak kau la kan. Tapi ada setengah artis, pasti akan tersentuh jika maruah diri mereka dijaja dan dipijak seperti dirinya tiada harga diri. Jadi, itu penting setiap selebriti kena tegur dan berbaik dengan blogger ni. Dari teguran itu, mungkin akan menyedarkan penulis yang artis ini tak suka dengan tulisannya dan cuba berubah untuk jadi lebih baik. Itu yang Budiey belajar sepanjang 7 tahun jadi blogger hiburan. Budiey faham dengan kehendak dan jiwa seorang blogger. Dulu Budiey juga ada buat hal dengan beberapa orang artis, tapi setelah ditegur, Budiey mengaku Budiey silap dan artis tadi kini sampai sekarang masih berbaik dengan Budiey. Sebab kadang-kadang, blogger ni dia tak kenal pun artis ni secara personal, tidak pernah berjumpa, tidak pernah borak-borak, jadi tulisannya pakai hentam dan sedap mulut je sebab bagi mereka, ada aku kesah? Why bother dan sebagainya.

Semoga hubungan selebriti dan blogger makin erat dengan amalan tegur-menegur dan blogger juga perlu ada rasa timbang rasa dan berfikiran terbuka untuk menerima teguran. Lagi satu, setiap blogger atau setiap manusia kadang-kadang diorang ni attention seekers. Perlukan perhatian dan kasih sayang. Mmm may be la. haha. Peace!

Kepada semua pembaca, apa kata sama-sama kita hayati lagu MAAF dari Shila Amzah kat atas ni. Klik okay!

Shila Amzah ND Lala Syada

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hamil Empat Bulan Lisdawati Tetap Gigih Berlakon

VIDEO: Arja Lee Ajak Shima Anuar Kahwin, Mahu 10 Anak?