in

Shila Amzah Makin Mara Dalam I AM SINGER di China

Selepas bergelar juara dalam pertandingan nyanyian Asian Wave 2012, penyanyi yang sekarang ini menempa nama di China, Shila Amzah terus melonjak populariti apabila menyertai sebuah program realiti nyanyian berjudul I AM SINGER musim kedua di sana. I Am Singer merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang besar yang sudah mempunyai nama dan pilihan pemenang ditentukan melalui undian penonton.

Shila Amzah Makin Mara Dalam I AM SINGER di China

Video di atas ini dirakam semasa Shila Amzah yang ditemani oleh bapanya, N.D Lala sedang mendengar taklimat cara untuk memilih lagu yang memberikan impak dalam persembahan dan seterusnya dapat menggamit undian daripada penonton.

[pullquote]Budiey dapat khabar, selepas penyertaan Shila Amzah dalam I AM SINGER, bilangan peminat dan juga follower Shila Amzah semakin bertambah dari hari ke hari. Ini berikutan penyertaan Shila Amzah dalam I Am Singer yang sentiasa mendapat perhatian penonton dan liputan media di China. [/pullquote]

Cabaran besar di mana Shila Amzah menyanyikan lagu-lagu Mandarin dan setakat ini, beliau belum pernah menyanyikan lagu Inggeris. I Am Singer turut disertai oleh dua orang artis Malaysia iaitu Gary Chaw dan Victor Wong. Namun, mereka telah pun tersingkir dalam episod yang terdahulu.

Persaingan dalam program realiti nyanyian yang kini memasuki musim kedua itu sangat sengit juga kerana bagi Shila Amzah sendiri beliau terpaksa bersaing dengan penyanyi terkenal termasuklah G.E.M yang berasal dari Hong Kong yang sangat terkenal di China. G.E.M adalah antara penyanyi yang mempertahankan nombor satu dalam carta Top 30 Asia Hong Kong. Bagi Shila, jika beliau mara ke peringkat akhir itu sudah sesuatu kejayaan yang besar baginya memandangkan peserta lain adalah penyanyi yang mempunyai ramai peminat.

Rakaman dibuat pada minggu lalu akan disiarkan di kaca TV pada setiap hari Jumaat. Pasti ada yang tertanya apakah status Shila Amzah di dalam program I Am Singer tersebut. Yang pasti, Shila Amzah belum lagi terkeluar dan apa yang semua peminat Shila Amzah harapkan beliau terus mara dalam pertandingan ini.

Menerusi akaun Instagram Shila dan akaun yang dibuat khas oleh peminatnya, beberapa gambar poster telah dimuat naik di samping cara-cara untuk menonton rancangan itu menerusi pelbagai saluran yang disediakan.

“Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm. Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.

Melalui Twitter pula, Shila ada menggesa peminatnya menonton program ini.

“Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam ‘I am a Singer’. Terima kasih kerana memberi sokongan.”

Kepada peminat Shila, jangan ketinggalan memberi sokongan kepada penyanyi kesayangan anda ini. Ramai yang mengatakan, adalah tidak mustahil untuk Shila mengharumkan nama negara sekali lagi.

Budiey ucapkan semoga kejayaan milik Shila Amzah dalam I AM SINGER. Good luck! Everything is possible in this world. What we need is just determination; your good luck depends on your firm belief.

Untuk menonton I AM SINGER, anda boleh layari: www.fengyunzhibo.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Party Pra Dengar Album Teka Teki Maya Karin

Katy Perry Jadi Cleopatra Dalam Muzik Video Terbaru DARK HORSE