in ,

Kenali Produk Pencukur Terbaharu Jenama Shaves2U

Shaves2U – Cukuran yang Sempurna Kini dalam Genggaman Anda. Kelab bercukur dalam talian yang terkemuka di Asia menjanjikan penjimatan dan pengalaman bercukur yang premium bagi pelanggannya; kecapi cukuran yang sempurna.

Sensasi cukuran baharu kini sedang menyelubungi negara ini, dan ia dikenali sebagai Shaves2U.

Dengan model perniagaan mereka yang berasaskan konsep langganan, Shaves2U menawarkan servis penghantaran kelengkapan alat bercukur yang berkualiti tinggi terus ke rumah para pelanggan, lantas memberikan pelanggan-pelanggan ini kebolehan untuk merapikan diri mereka dengan sempurna, pada bila-bila masa.

Pelancaran Produk Shaves2U

Melalui acara perapian eksklusif yang dihoskan di Othrs, tukang gunting dan penggiat sosial terkenal, Lex Low memperlihatkan kaedah untuk mengecapi cukuran yang sempurna pada seorang individu yang juga merupakan usahawan yang berpengaruh, Roen Cian, sambil mengongsikan panduan perapian yang praktikal bagi mencukur bersih mahupun untuk merapikan janggut.

Pelancaran Produk Shaves2U

Shaves2U ditubuhkan lanjutan daripada harga produk-produk bercukur di Malaysia yang tinggi – dengan pengasasnya, James Greaves membidik untuk memotong harga yang tidak munasabah ini dan menawarkan penjimatan kepada pengguna-pengguna mereka.

Kartrij bilah berkualiti premium yang diperkenalkan oleh Shaves2U juga dibuat di Amerika Syarikat (atau bagi kartrij 6 bilah, ia dibuat di Jerman), dan dibangunkan untuk memberikan hasil cukuran yang terbaik melalui kos harga yang paling efisien.

Dengan penawaran pelbagai rangkaian produk pencukur serta bilah pencukur yang sesuai untuk semua jenis muka, Shaves2U membolehkan pelanggan untuk memilih suai pengalaman bercukur mereka sambil mengecapi kadar penjimatan sebanyak 40%.

Ia dicapai melalui model langganan yang fleksibel, bermula dengan Kit Bercukur percubaan untuk tempoh dua minggu pada harga RM6.50 sahaja, ia merangkumi satu pemegang cukur premium dengan satu kartrij bilah yang boleh dipilih oleh pengguna, serta krim cukur; semuanya akan dihantar secara percuma.

Pelancaran Produk Shaves2U

Jika pengguna berpuas hati dengan kit percubaan tersebut, mereka akan mula menerima isian semula berdasarkan jenis bilah dan frekuensi yang mereka telah pilih.

Pelan bercukur yang boleh dipilih suai sepenuhnya bermula dari RM26 untuk setiap pesanan, dan boleh disuai mengikut jenis bilah (tiga, lima atau enam bilah) dan interval penghantaran (dua, tiga atau empat bulan).

Seperti yang diujarkan oleh Pengasas Shaves2U, James Greaves,

“Kami melihat lelaki moden Malaysia, dan kami memahami keperluan mereka. Lelaki mahu tampak segak dan kemas, dan mereka mahu tampil dan luangkan masa mereka sebagai lelaki dengan sebaiknya. Shaves2U memenuhi cita rasa ini dan menjangkau satu lagi langkah ke hadapan dengan membawa anda bersama dalam inisiatifnya untuk memperkayakan pengalaman bercukur anda.”

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2016 dan berpangkalan di Kuala Lumpur. Mereka bukan sahaja memenuhi permintaan pasaran tempatan, malah mereka juga mempunyai pengikut-pengikut yang setia di Singapura, serta bakal melancarkan perkhidmatan mereka ke empat lagi pasaran baharu di rantau ini.

Dengan bilangan pelanggan yang kian berkembang dengan pesat, syarikat ini bercadang untuk merevolusikan pasaran produk cukur di rantau ini dengan model perniagaan mereka yang berasaskan langganan.

Pelancaran Produk Shaves2U

“Sejak Shaves2U diperkenalkan kepada warga Malaysia, kami telah menerima maklum balas positif yang memberangsangkan daripada pelanggan-pelanggan kami yang sebelum ini tidak menyedari tentang kewujudan perkhidmatan seperti ini yang lebih menjimatkan serta lebih memudahkan. Sehingga ke hari ini, lebih daripada 100,000 pengguna telah menerima perkhidmatan kami, dan sejak Langganan Percubaan kami dilancarkan pada bulan Mei yang lalu, kami telah menerima lebih daripada 10,000 pendaftaran dari seluruh Malaysia dan Singapura.

Angka tersebut kian meningkat saban hari. Kami yakin bahawa perkhidmatan revolusi ini akan menarik perhatian warga Malaysia, serta negara-negara Asia yang lain.”

Maklumat lanjut mengenai Shaves2U serta produk-produk dan pelan bercukur syarikat ini boleh didapati di shaves2u.com, dan maklumat yang terkini juga boleh didapati melalui media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter.

Pelancaran Produk Shaves2U

Pelancaran Produk Shaves2U

Pelancaran Produk Shaves2U

Pelancaran Produk Shaves2U

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teaser Poster Disney’s ALADDIN Lakonan Will Smith

Exploring Kuching with Hilton: A Once-In-A-Lifetime Experience