in ,

Sharnaaz Terima Surat Saman Bakal Lantik Peguam

Isu Disiplin: Sharnaaz Terima Surat Saman, Bakal Lantik Peguam

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menerima notis saman daripada penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev ekoran insiden dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Bercakap kepada mStar online, Sharnaaz memberihu dia menerima surat itu pada Isnin lalu yang antara lain melarangnya berhubung dengan semua tenaga produksi filem berkenaan.

Menurut jejaka berusia 27 tahun itu, setakat ini tiada sebarang perkembangan lagi berhubungan perakar tersebut kerana dia ingin berbincang terlebih dahulu dengan pihak peguam yang bakal dilantik untuk membalas notis tersebut.

Dalam satu kejadian Sharnaaz turut didakwa telah menolak dan mencekik leher penolong pengarah filem itu, Mohd Hafiz Mat Ishak kerana dikatakan marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga proses penggambaran bermula lewat.

Dalam pada itu, Sharnaaz enggan mendedahkan isi kandungan notis tersebut secara menyeluruh namun mengakui akan melakukan sesuatu bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Tambah Sharnaaz, dia sebolehnya enggan membawa kes itu ke mahkamah dan sanggup untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Namun dia yakin pihak produksi filem itu tidak akan membuat apa-apa untuk membersihkan namanya yang sudah tercalar.

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung’s New Side-By-Side Refrigerator Is Innovation Meets Beauty

Muzik Muzik 27 Separuh Akhir Kedua Ahad Ini