in , ,

Sharnaaz Masih Sayang Nabila, Enggan Bercerai

Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.

Trending diperkatakan, isu tuntutan perceraian isteri kepada pelakon Sharnaaz, Noor Nabila diberitakan masih belum menemui kata putus. Ini kerana pasangan suami isteri ini diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor,34, berbuat demikian susulan bintang filem Juvana itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa itu.

Sharnaaz Nabila

Fail Permohanan Cerai Ogos Lalu

Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.Dalam proses perceraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.

Nafkah Zahir Tidak Mencukupi

Difahamkan, selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu. Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sharnaaz Nabila

Nabila Tak Sedia Beri Kenyataan

Sementara itu, Noor Nabila menangis sebaik suaminya menolak permohonan cerai yang difailkannya.Sebaik prosiding kes itu berakhir, Noor Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International sepatutnya mengadakan sidang media bagi meluahkan perasaannya.

Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,”

– Nabila
Sharnaaz Nabila

Mahu Ikut Prosedur Mahkamah

Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak penceraian kerana mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.Dia ditemani Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.

Sharnaaz Ahmad Nabila Cerai

“Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa cerai nak gaduh-gaduh.

“Reda atau tidak (penceraian ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut.

“Apabila saya kata tak setuju (tolak penceraian), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan,”

– Sharnaaz Ahmad

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.

Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,”

– Sharnaaz Ahmad

Minta Tarikh Awal Untuk Bercerai

Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes penceraian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak. Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.

“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,”

– Akberdin

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk bercerai.

“Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,”

– Akberdin

Sharnaaz hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor Nabila mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Sumber: Mingguan Wanita

Nabila Menangis, Sharnaaz Enggan Bercerai

Kakak kepada pengacara popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, 34, menangis sebaik suaminya yang juga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 34, menolak permohonan cerai yang difailnya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Sebaik prosiding kes itu berakhir, Noor Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International sepatutnya mengadakan sidang media bagi meluahkan perasaannya.

Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.

“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,”

– Nabila

Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak penceraian kerana mahu mengikut prosuder mahkamah yang ditetapkan.

Dia ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.

“Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa cerai nak gaduh-gaduh.

“Reda atau tidak (penceraian ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut.

“Apabila saya kata tak setuju (tolak penceraian), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan,”

– Datuk Akberdin Abdul Kader

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.

Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya.

– Sharnaaz

Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes penceraian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak.

Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.

“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,”

– Datuk Akberdin Abdul Kader

Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk bercerai.

“Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,”

– Datuk Akberdin Abdul Kader

Dalam pada itu peguam Noor Nabila, Azmi Mohd Rais berkata, pihaknya memfailkan penceraian itu pada 27 Ogos lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian sebaik Noor Nabila memuat naik sekeping foto dipercayai berada di kompleks mahkamah itu menerusi Instagram miliknya, 29 Ogos lalu.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber: Harian Metro
Sharnaaz Ahmad Nabila Cerai

Nor Nabila Mahu Cerai, Sharnaaz Tidak Setuju

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 35, melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini.

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Nor Nabila.

Sharnaaz Ahmad Nabila Cerai

Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan tersebut.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nor Nabila, 34.

“Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan.

Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?

Sharnaaz: Betul

Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?

Sharnaaz: Tidak

Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil pada prosiding akan datang.

Nor Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nor Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan penceraian antaranya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Defendan juga didakwa hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.

Nor Nabila mendakwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan.

Sharnaaz dan Nor Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Jebat Ahmad yang berusia setahun.

Nor Nabila ketika ditemui di luar mahkamah tidak dapat menahan sebak dan berharap anak mereka menjadi keutamaan.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple Event 11 September 2019

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem RAMBO LAST BLOOD