in

WinWin

Sharnaaz Ahmad Maki Hamun Shila Amzah Di Twitter?

Sharnaaz Ahmad Maki Hamun Shila Amzah Di Twitter?

[dropcap]D[/dropcap]i sebalik penganjuran APM ini juga telah tercetus beberapa kontroversi dan isu gossip yang menjadi perbualan ramai pihak.

Selain isu pereka fesyen Hatta Dolmat sentap dengan Alyah, ada satu lagi isu yang heboh diperkatakan di blog dan di forum gossip Cari. Antaranya, kontroversi di mana Twitter Sharnaaz Ahmad dipercayai telah digodam oleh hackers atau penggodam sejurus selepas Shila Amzah menjadi penyampai APM2012.

Menurut Sharnaaz Ahmad, segala status yang tersiar di Twitter miliknya bukan dari dirinya tapi dari penggodam tersebut. Namun, Budiey dengar, ramai pengkritik tak mempercayai dakwaan Sharnaaz kerana sikap panas barannya. Tapi tak mustahil ini boleh berlaku.

Memetik dari status Sharnaaz:

sharnaaz

[dropcap]K[/dropcap]eesokan selepas APM berlangsung, Sharnaaz Ahmad telah melepaskan geram terhadapnya di laman twitter. Segalanye bermula gara-gara Shila cuba bergurau dengan mengatakan sesuatu semasa menjadi penyampai bersama Adi Rahman di Anugerah Planet Muzik 2012:

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi.”

Budiey pun tak pasti nak percaya yang mana satu. Tapi personally, Budiey kenal dan pernah borak dengan Sharnaaz ni, dia sebenarnya baik orangnya. Budiey tak rasa Sharnaaz boleh cakap macam tu kat Shila Amzah kat Twitter dan terbuka pulak tu, kalau DM tu lain citer la. Ni open pulak ni. Korang rasa macamana?

Shila Amzah juga anda membalas kata-kata orang di Twitter tentang hal ini:

It was just a joke about what I said smlm pasal abang..that he got jealous and everything:(sha harap people don’t make this thing jd besar:(

Abang has always been good to me.. Sha sedih sangat orang suka buat speculation sendiri..which is not fair for me and Abang.

Pada hari ini, 17 Disember 2012, Shila Amzah telah mengemaskini status Twitternya dengan sesuatu yang mengejutkan ramai pihak termasuklah peminatnya dan juga para pengkritik & haters.

Menurut Shila dalam Twitternya, Sharnaaz Ahmad telah melamar beliau secara rasmi untuk bernikah dan Shila bersetuju dengan menjawab, Yes, I do!.

“Sharnaaz Ahmad proposed me, and I am officially annoucing that ‘I DO’. Marying him. Dunia akhirat, hingga ke Jannah, Insyaallah 🙂 Pray 4 us;)

Shila Amzah

[dropcap]D[/dropcap]iharap ini status Twitter ini adalah benar dan apa yang di tweetnya datang hati Shila Amzah yang ikhlas dan maksud Budiey, status Twitter ini bukannya digodam oleh sesiapa. Sekarang ini, ramai benar haters yang memberikan komen negatif kepada pasangan ini dan kemungkinan besar ia memberi kesan kepada perasaan pasangan ini.

[pullquote]Syukurlah kalau macam tu, abang Budiey tumpang gembira. Pasti ramai yang nak tahu, bila tarikh Shila Amzah dan Sharnaaz akan bernikah kan?[/pullquote]

Sudah tentu bukan dalam masa terdekat kerana Shila Amzah akan ke Miami untuk menghadiri World Music Awards dan dengarnya, Shila Amzah akan perform di hadapan semua khalayak yang terdiri daripada penyanyi antarabangsa! Wow! Fantastic baby! Semoga impian Shila Amzah akan tercapai. Good luck, Sha & #Shilalas! Semoga berjaya ya.

Gambar di bawah ini diambil semasa Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad hadir melalui karpet merah di APM 2012, Max Pavilion, Singapura.

Anugerah Planet Muzik 2012

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Sungguh gembira mendengar shila dan sharnaaz sudah berhajat nak bernikah. Pernah juga saya syorkan nikah cepat untuk mengelak dari perlbagai spekulasi. Kalau dah benar benar sayang menyayanyi antara satu sama lain, tiada apa lagi nak ditunggukan. Tiada yang lebih afhdal daripada mengikat tali pernikahan segera. Semoga selepas bernikah akan bertambah lagi rezeki mereka berdua ini. Amin.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Majlis Perkahwinan Penyanyi Suki Low & Jeremy Chong

Jom Tonton Vlog Najwa Latif Anugerah Planet Muzik 2012