in ,

Sharnaaz Ahmad Mahu Lisdawati & Fauzi Nawawi Minta Maaf

Isu selisih faham antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan Lisdawati masih menjadi topik hangat yang masih diperkatakan. Macam-macam versi dan laporan yang Budiey dengar dan baca. Sekadar ingin melaporkan kepada pembaca setia Budiey.com, terbaru semalam, Sharnaaz dalam satu kenyataannya di Harian Metro, beliau mahu Lisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf dalam masa seminggu. Bukan sekadar meminta maaf kepadanya sahaja malah, Sharnaaz mahu pasangan itu meminta maaf kepada ibunya juga kerana telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibunya.

Sharnaaz-Ahmad-Geng

[pullquote]Sebuah video temubual bersama Sharnaaz Ahmad dirakam oleh Harian Metro dan disiarkan di saluran Youtube akhbar harian itu.[/pullquote]

Di dalam video ini, Sharnaaz telah menceritakan secara terperinci situasi yang berlaku semasa di set lokasi pengambaran drama Bukan Aku Tak Cinta. Sharnaaz juga mengatakan, ada perkara yang tak diceritakan oleh Lisdawati. Sharnaaz juga mengatakan, Lisdawati juga berbohong apabila mengatakan beliau menggigil kerana masih menjalani pengambaran drama dengan baik ketika itu.

Sharnaaz dalam kenyataan terbaru menegaskan perselisihan faham yang timbul hanyalah perkara kecil yang boleh diselesaikan secara perbincangan dan tak perlu dibawa kepada media. Sharnaaz tak tunduk kepada Fauzi dan Lisdawati sebab beliau merasakan berada di pihak yang benar dan pasangan itu memutar belitkan situasi sebenar.

Sekarang ini, Sharnaaz yang mengambil pendekatan berdiam diri sebelum ini tampil menunjukkan semua bukti dan mendedahkan penipuan pasangan itu terhadap keadaan sebenar yang berlaku.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”

Demikian amaran dikeluarkan pelakon Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berikutan kontroversi pergaduhan mereka seperti dilaporkan Harian Metro kelmarin.

Ketika ditemui semalam, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan.

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya. Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin.”

“Saya nak tahu apa awak berdua nak? Nak selesai ke macamana? Nak saya minta maaf sebab tinggi suara pada Lisdawati, saya boleh buat sekarang. Tapi boleh tak awak berdua minta maaf secara terbuka dan kepada ibu bapa saya seperti saya tuntut? Jika tidak, saya saman.”

“Dia memang boleh bertanya kenapa saya bertindak (tengking Lisda) dan saya sedia minta maaf tapi dia tidak bertanya dan berkomunikasi dengan baik. Saya terlepas meninggikan suara disebabkan saya penat dengan shooting dan saya fikir perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab. Benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.”

Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tak pula tunjukkan semua mesej tu. Sekarang, saya tunjukkan semua.”

Dalam masa yang sama, Sharnaaz mengesahkan sudah buat laporan polis di Balai Polis Jinjang dekat sini sekitar jam 9.15 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi Harian Metro telah mengesahkan menerima laporan dari Sharnaaaz. Sumber: Harian Metro

Budiey harap, pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati tampil untuk menceritakan cerita sebenar samaada apa yang dikatakan oleh Sharnaaz ini betul atau tidak. Apa yang kita harapkan semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik secepat yang mungkin. Tak nak la gaduh-gaduh macam ni kan? Industri kita kecik je.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Selisih Faham Sharnaaz Ahmad Buat Laporan Polis

Marsha Milan Londoh Nafi Putus Cinta Dengan Jejaka S