in , ,

Sharnaaz Ahmad Jawab Bila Netizen Doa Berjodoh Semula Dengan Noor Nabila

Kata Sharnaaz, dia tidak berhak marah dengan doa baik yang telah dikirimkan banyak orang kepadanya, namun tetap mahu mengingatkan bahawa Nabila adalah isteri orang.

Aktor Sharnaaz Ahmad meminta para peminat atau warganet yang kerap menjodohkan’ dirinya kembali bersama bekas Isteri, Noor Nabila, agar lebih sensitif dan menjaga batas memandangkan wanita tersebut masih berstatus isteri orang

Sharnaaz mengulas isu jodoh tersebut selepas terdapat segelintir warganet terutama di aplikasi Tik Tok yang membuat kompilasi gambar lama mereka sewaktu masih bergelar pasangan suami dan isteri serta mesej-mesej mereka berdua.

Kata Sharnaaz, dia tidak berhak marah dengan doa baik yang telah dikirimkan banyak orang kepadanya, namun tetap mahu mengingatkan bahawa Nabila adalah isteri orang.

“Saya tidak berhak marah, malah saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan sayaBenda baikorang doa yang baik, bukan minta saya pergi mati misalnya

“Tapipada masa yang sama kita harus ingat. Dia masih isteri orang. Kena jaga sensitiviti dan perasaan suaminya juga. Jadi itulah pesanan saya buat semua” katanya sewaktu ditemul media pada majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Polis Evo.

Bagaimanapun, menurut bintang Polis Evo 3 yang memegang watak Reza itu lagisebagai duda kepada seorang anak lelakidia terbuka mengenai jodoh.

“Ada, saya ada berkenalan dengan gadistapi bila sudah usia macam nirasa malu nak cerita.

“Cukuplah, saya pernah melaluinya dulu dengan pasangan sebelum ini.

Sekarang ini media boleh tanya orang yang lebih muda tentang hal sebegini (cinta)” 

Namun pada usia 38 tahunSharnaaz mengaku malu untuk menghebahkan kisah cintanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ELON MUSK

Elon Musk Pecat Sebanyak 80% Pekerja Twitter Untuk Jimatkan Kos

POLIS EVO 3

Filem POLIS EVO 3 Bakal Ditayangkan di Pawagam Mulai 25 Mei Ini