in

Sharifah Sakinah Perkenal Baju T Guna Tagline Bontot?

Nama Sharifah Sakinah seakan sinonim dengan style yang pelik, unik dan kadang-kadang ia dikategorikan sebagai memberahikan. Umum dah tahu, adik kepada Sharifah Shaheera ini sibuk dengan aktiviti senaman membuang lemak dan melangsingkan badannya, FITNESS SAKINAH. Tak caya, boleh tengok gambar-gambar meletop Sakinah di Instagram. Budiey pun rasa nak join untuk buang segala lemak yang ada kat perut ni. Makin boncit pulak rase. Nak jugak timba ilmu dan tips macamana nak kurus dan langsing macam Sakinah.

Setelah menjawab isu tayang perut 6 packs di Instagram, pelakon dan selebriti yang sensasi ini telah memperkenalkan beberapa t-shirt untuk program kecergasannya sendiri Fitness Sakinah. Namun, apa yang menjadi isu apabila Sakinah menggunakan perkataan yang pelik atau dianggap lucah oleh sesetengah dari kita dan ada juga yang anggap tagline itu tak sesuai bagi orang Timur.

Sharifah Sakinah

Contoh tagline berbunyi “Cantik Tak Bontot Saya dan juga ‘Jogging Sampai Kentut’. Dikhabarkan baju T ini akan diedarkan dan dijual kepada peserta program serta peminat setia Sharifah Sakinah. Mmm, pandai betul Sakinah curi perhatian dengan menggunakan tagline seperti ini. Satu strategi pemasaran yang berkesan. Bukan apa, kalau buat tagline yang biasa-biasa, ada blogger atau media nak jadikan bahan? Ada? Takde nyeh!

Sebenarnya, bagi Budiey tagline macam ni biasa je, kita pun guna dalam percakapan harian kan? Tipulah jika korang tak pernah guna perkataan ni sebab seharian kita duk sebut. Betul tak? Ada tak sehari korang tak pernah kentut, ada? Namun, tagline itu kemudian dikecam peminatnya di Instagram kerana tidak bersesuaian dengan program yang mensasarkan golongan wanita dan ia bakal menarik perhatian ramai terutama kaum Adam untuk memandang bentuk punggung si pemakai baju.

Budiey: Suka makan sup bontot. Mmm, rasa nak makan sup bontot kat Singapura esok. Yeay, Singapore… kau tunggu aku datang! Jom follow hashtag #BudieyMeetTheAmazingSpiderMan2 di sosial media untuk ikuti perjalanan dan pengalaman Budiey bertemu dengan pelakon The Amazing Spider-Man 2 kat Singapura!

Kepada pembaca dan Budieyators kat Singapore, apa lagi, jom la jumpa lepak-lepak!

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shailene Woodley & Ansel Elgort Presenters 2014 MTV Movie Awards

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014