in ,

Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?

[dropcap]N[/dropcap]ah, jika anda mahu populariti, tirulah macam Sharifah Sakinah. Buat video Keek dengan keadaan yang boleh menimbulkan kontroversi, terus jadi popular. Sebelum ini, Sakinah pernah upload video Keek dengan tajuk Saya Seorang Pondan sambil menjadikan Angry Bird sebagai kemaluan. Bagi Budiey, Sakinah dah popular dah pun sekarang ni. Jadi, bila timbul isu ni, bertamah lebih popular la kan dengan video Keek yang disebarkan. Ramai yang tak tahu, Sakinah jenis yang gila-gila, selamba dan happy go lucky. Terbaru, beliau dah berjaya muncul di muka depan B Pop Berita Harian keluaran hari Ahad lalu (19 Mei 2013). Dahsyat tak dahsyat, kan?

Tahniah buat Sakinah!

sharifah Sakinah

Dah-dahlah, Sakinah dah pun minta maaf kepada semua orang atas kesilapannya. Dengarnya, pelakon drama Bunga Merah Punya ini hampir putus asa dan mahu berhenti jadi pelakon gara-gara isu video kontroversi itu. Tapi lepas tengok balik apa yang berlaku, dia tak jadi nak berhenti. Famili pun ada nasihat, supaya tak perlu nak berhenti. Tak perlu nak mengalah atau melatah, jauh sekali nak memberontak. Sebab tak kenana pun perasaan macam tu. Tak bawa untung apa-apa pun.

Ramai yang tak tahu, Sakinah menceburi bidang lakonan bukan untuk suka-suka tapi beliau sangat serius untuk berlakon.

Sekarang ini Sakinah sedang berlakon dalam drama Orang Gaji IQ sebanyak 13 episod dan Gerhana Sains Fiksyen untuk RTM bersama Aliff Satar. Pada bulan Jun ini, Sakinah akan berlakon untuk drama Airel dan Aira dan juga telefilem Hujan terbutan produksi Michael Ang iaitu Cube Films Sdn Bhd.

Sakinah juga menafikan yang dia seorang yang suka mengangkat diri, malah dia juga bukannya jenis yang berlakon sambil lewa atau asal ada atau feeling diva.

“Saya bukan hipokrit, kekasih saya pun faham benar dengan perangai saya. Saya tak terasa hati jika orang cakap saya gila sebab video itu. Itu hak mereka dan kehidupan kena teruskan.”

“Semasa rakaman dibuat, saya bukan di bawah pengaruh bahan terlarang atau tengah tingtong, saya masih dalam keadaan waras. Jika ada yang kata saya nak cepat popular, atau sengaja cari publisiti itu memang tak betul.”

Semasa Sakinah merakam video kedua, sebenarnya, beliau bersama dengan Anzalna Nasir dan Syazwan Zulkifli ada di set pengambaran drama Orang Gaji IQ terbitan Global Station Sdn Bhd atahan Aimie Maziah untuk siaran RTM.

Budiey bersetuju dengan kata-kata nasihat dari keluarga Sakinah agar beliau tak ulangi kesilapan lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth

Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official