in ,

Sharifah Sakinah Jawab Isu Video Keek Timbul Kontroversi

Akhirnya, pelakon Sharifah Sakinah telah tampil untuk menjawab tentang isu video keek yang dimuat naiknya menerusi akaun Keek milik pelakon Anzalna Nasir minggu lalu.

Menurut pelakon drama Bunga Merah Punya itu, video keek itu dirakam adalah untuk suka-suka dan sekadar untuk bergurau dengan kawan-kawan sahaja. Menyedari isu ini diperhebohkan di media sosial, Sakinah meminta maaf jika ada pihak yang kurang senang.

“Video itu hanya sekadar gurauan antara saya dan rakan-rakan. Jika ada pihak yang kurang senang dengan penyebaran video tersebut, saya minta maaf.”

Selain video ‘Sharifah Sakinah, Apa Kes?’ sebenarnya ada lagi satu video yang berbaur lucah diupload dalam Youtube yang berjudul ‘Saya Sebenarnya Pondan’. Ianya tak kurang menimbulkan kemarahan ramai penonton.

Selain dituduh meraih publisiti murahan dengan melakukan perbuatan yang sengal dan tidak bermoral, adik kepada Sharifah Shahirah ini juga dikecam teruk juga di ruangan komen.

Namun, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ada alasannya sendiri dalam isu:

“Di sebalik video itu ada kisah yang tersendiri. Orang di luar sana dah salah faham mengenai isu ini. Saya hanya mahu menyakat rakan saya, itu saja.

Mungkin mereka marah sebab terkejut bila saya buat macam itu, al-maklumlah mana ada artis lain yang berani buat macam itu lagi,”

Memang saya guna telefon bimbit Anzalna. Sewaktu merakamkan video tersebut, Anzalna turut berada di sisi saya kerana ketika itu kami sedang berehat dari menjalani sebuah penggambaran drama.

Malah, dia sendiri yang memadam video tersebut selepas dimuat naik.

Apapun, seperti yang saya katakan tadi, hanya rakan terdekat seperti Anzalna dan Syazwan Zulkifli saja yang faham maksud video tersebut.”

“Sejujurnya, tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya yang benda ini boleh jadi isu sebab itu memang cara saya.

Saya memang suka menyakat kawan-kawan dan dari dulu lagi perangai saya memang nakal, dah tak boleh ubah.”

“Itu adalah cara saya dan saya sudah biasa berperwatakan gila-gila. Lagipun, bukannya saya tunjuk ‘bra’ saya pada umum.

Saya tak menyesal dengan apa yang berlaku kerana saya tetap jadi diri saya sendiri.

Walau bagaimanapun, sekali lagi saya mohon maaf andai ada yang kurang senang dengan cara saya ini,”

– Sharifah Sakinah

Lain belalang lain padang, lain orang lain pula perangainya. Jadi, untuk Sharifah Sakinah, Budiey rasa perlu juga mengambil kira apa orang akan kata dengan tindakan kita tu.

Tapi lainlah kalau beliau betul-betul mahu mencari publisiti murahan. Ternyata, tindakan beliau ini sangat berkesan kerana telah menimbulkan satu viral.

Tak pasti pulak ada yang nak buat parodi untuk video keek Sakinah ni. Ada ke?

Kepada yang suka tengok lakonan Sharifah Sakinah dalam drama ini, apa kata ikuti pengakhiran drama Bunga Merah Punya pada hari Khamis, 16 Mei jam 8.30 malam di slot Aurora TV9.

Selamat menonton ya! Nanti kasi komen kat sini, puas hati ke tidak dengan penamatnya?

Sharifah Sakinah

Dipetik dari Berita Harian tanggal 15 Mei 2013:

Pelakon Sharifah Sakinah, 24, yang mencetus kontroversi gara-gara memuat naik rakaman video yang didakwa berunsur lucah ke laman sosial, menjelaskan tidak menyangka niat bergurau dan mengusik kru produksi dalam aksi terbabit, memakan diri.

Sharifah Sakinah yang memohon maaf atas perbuatannya itu, mengakui kesal dan berjanji berhati-hati apabila berkongsi detik peribadi di laman sosial.
Sekadar mengusik

“Rakaman video itu sekadar mengusik. Saya tak sangka ia jadi besar begini. Di mata saya dan beberapa pelakon yang bersama ketika rakaman dibuat tidak menganggap ia isu besar.

Lalu, saya tak berfikir banyak kali ketika memuat naik rakaman itu. Saya mengaku silap menyebut pakaian dalam.

Saya fikir semua hal membabitkan agama, politik atau yang berkaitan kehormatan diri amat sensitif. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan ini,”

Sejak beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah dihentam kerana tindakannya memuat naik rakaman video ke laman sosial popular, Keek milik pelakon Anzalna, baru-baru ini.

Rakaman itu memaparkan aksi Sharifah Sakinah mengajuk gaya pertuturan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza selain mendedahkan dia mengenakan pakaian dalam berwarna merah.
Sifat ‘gila-gila’

Sharifah Sakinah berkata, individu rapat dengannya tahu sifatnya yang ‘gila-gila’ dan tidak dipengaruhi bahan terlarang.

“Mungkin ada yang melihat wujud personaliti berbeza antara realiti dan watak baik yang saya lakonkan. Saya ingin menegaskan saya bukan di bawah penggunaan bahan terlarang ketika rakaman video itu dibuat,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Kompilasi Zamani Slam dan Shamrin Fotograf

Betul Ke Afiq Muiz Lupa Diri & Anak Derhaka Sejak Ada Kekasih?