in ,

Sharifah Sakinah Jawab Isu Tayang Perut Six Pack di Instagram

Menjadi selebriti, pastinya setiap gerak geri menjadi perhatian. Tambahan pula bila sesuatu yang dibuat itu agak luar biasa dan jarang dibuat orang. Itu yang berlaku pada selehriti Sharifah Sakinah yang sentiasa menjadi perhatian kesan dari tindak tanduknya yang selalu bikin kontroversi. Baru-baru ini, pelakon berusia 25 tahun ini mendapat cemuhan dan kritikan gara-gara memuat naik gambar perut six pack di laman Instagram miliknya. Sakinah menegaskan perkara itu tak perlu diperbesarkan kerana gambar tersebut tidak mengghairahkan. Malah, beliau rasa gembira usahanya itu membuahkan hasil apabila ramai yang berkongsi perubahan bentuk badan mereka terutama pada bahagian perut.

sharifah-sakinah-seksi

Kontroversi Tayang Perut Tidak Jejas Reputasi

[dropcap]W[/dropcap]alaupun pada awalnya dia sendiri mencetuskan sikit kontroversi namun tidak menjejaskan perjalanan programnya itu. Adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira ini ditemui pada majlis bacaan skrip filem ‘Pekak’ di Sri Pentas, semalam.

Rasanya, ramai yang tahu, sejak dua bulan aktres Sharifah Sakinah aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah yang sering diadakan di KLCC. Apa yang menggembirakan pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini apabila programnya itu semakin mendapat sambutan peminat dalam tempoh singkat ini.

“Fitness Sakinah semakin dapat sambutan dan semakin ramai yang mengikuti program kami. Ada yang datang sebab sekadar nak bergembira. Ada yang datang memang menunjukkan kesungguhan mereka nak kurus dan sihat. Seronok bila ada yang capai sasaran, mereka dah kurus. Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing. Tujuan saya memuatnaik gambar itu hanya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa semua orang mampu kurus. Gambar tu tak mengghairahkan pun jadi tak perlu perbesarkan isu ini.”

Sharifah-Sakinah-Tahu-Soal-Aurat-Tapi

Fitness Sakinah Dapat Sambutan Hangat

[dropcap]S[/dropcap]harifah Sakinah juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.

Dalam masa sama Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti. Tetapi tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan menerusi programya itu.

“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.”

Selain itu Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan cuma tidak serancak dahulu. Pun begitu, Sakinah tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.

“Sebenarnya saya dah mula kurang ambil tawaran berlakon sebab nak beri tumpuan pada program ni. Misalnya dalam sebulan, saya peruntukkan 20 hari untuk jalani penggambaran dan 10 hari saya fokus pada fitness. Tapi saya tak akan berhenti berlakon. Sebaliknya nama saya sebagai artis platform untuk menarik orang ramai sertai program ini.”

Filem Pekak yang menjadi filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd itu bakal menjalani penggambaran mulai minggu hadapan.

Perkembangan lain, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness. Mensasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa tersebut, selain senaman turut diadakan pelbagai aktiviti kecergasan lain dalam tempoh tiga bulan.

files.php-13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alyah Tangguh Lancar Single Sesal Separuh Nyawa

Fizz Fairuz Bakal Nikah Almy Nadia 26 April Ini