in ,

Sharifah Sakinah Dikritik Gara-Gara Pakai Sport Bra Reebok

Pelakon Sharifah Sakinah memang terkenal dalam bidang fitness, dan seorang yang pentingkan hidup yang sihat.

Dalam perkembangan terbaru, Sharifah Sakinah ada memuat naik beberapa gambar berpakaian dalam sukan (sports bra) untuk mempromosikan sebuah jenama besar sukan, Reebok.

Ada beberapa keping gambar dan video menunjukkan Sharifah Sakinah memakai pakaian berkenaan dan sememangnya dalam keadaan yang terdedah.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Sakinah sedang membuat satu pose sambil menggayakan pakaian dalam sukan lengkap. Tidak lama kemudian, penuh ruangan komen dibanjiri komen oleh para netizen.

Rata-rata mengkritik tindakan Sharifah Sakinah berpakaian sedemikian yang didakwa tidak menunjukkan keperibadian sebagai seorang mislimah.

Difahamkan netizen juga saling berbalah sesama sendiri apabila ada pihak mempertahankan Sakinah dan ada yang mengecamnya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah satu komen oleh seorang indvidu yang secara sinis mengatakan neraka mengirim salam kepada pelakon berkenaan.

Tak lama kemudian Sharifah Sakinah terbaca komen berkenaan dan terus membalas salam tersebut dan berkata kepadanya untuk jumpa disana.

Ini antara komen dari netizen:

Sharifah Sakinah

sni_zz87: “Mcm tak dak agama.. Semua menampakkan aurat yg terlampau walaupun sekeping.. Mesti mengikut peredaran semasa la kan.. Kalau ikut sunnah dan ajaran agama Islam dh ketinggalan zaman. Yaaa.. Betul..

birkah_sohih: “Kinah, malu itu sebahagian drp iman 

sumayya_73: “Allahuakbar. beginikah gaya seorang wanita islam?

cantonatheking: “Bukak la semua bg semua org nmpk

muna.fathihh: “Aurat, pelihara la diri mu dari neraka…jaga aurat tu wahai kaum jawa

Sharifah Sakinah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Cinta Pemuda Bajau Dalam Drama SEPUTIH CINTA RANGBULAN di TV Okey

AWIE

Elemen Komedi & Cinta & Persahabatan dalam Filem BIKERS KENTAL 2