in ,

Sharifah Khasif Lancar Album Al-Husna

khasif

[dropcap]S[/dropcap]harifah Khasif telah mencipta nama sebagai qariah antarabangsa setelah berjaya dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al Quran peringkat Antarabangsa pada tahun 2009 dengan pencapaian terbaik sepanjang bergelar Qariah. Tanyakan sesiapa sahaja yang sentiasa mengikuti perkembangan Tilawah Al Quran samada di peringkat kebangsaan mahupun program-program televisyen, namanya pasti menjadi sebutan. Sharifah Khasif Fadzilah Binti Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya pernah muncul sebagai naib juara program realiti terbitan TV9 ‘Akademi Al Quran’ musim ketiga sebelum ke persada antarabangsa pada tahun 2009.

Sharifah Khasif Lancar Album Al-Husna

Di sinilah bermulanya karier beliau sebagai seorang qariah dan personaliti tv di negara kita. Sharifah Khasif mula ditawarkan untuk menjadi pengacara tv, program pertama yang dikendalikannya ialah Indahnya Kalam Suci. Sejurus selepas itu, rezekinya sebagai pengacara semakin melimpah apabila diberi kepercayaan mengendalikan program Akademi Quran, Kalamullah, Qari Junior, Tilawah Interaktif Al Quran dan Tadbir Ringgit. Kesemua program tersebut bercorak islamik yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.

[pullquote align=”right”]Sharifah Khasif terus mengharumkam nama negara apabila beliau dipilih mewakili Malaysia ke jemputan bacaan Al Quran di serata dunia seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Mauritius, Afrika Selatan, Thailand, Iran, Austria, Kanada dan Amerika Syarikat.[/pullquote]

Lanjutan dalam pengajian Al Quran ini, beliau akhirnya mendapat ‘sanad’ iaitu pengiktirafan kefasihan bacaan Al Quran daripada Sheikh Mesir dan Yemen.

Berbekalkan pengalaman yang ada, Sharifah Khasif terus mengorak langkah dengan menceburi bidang yang baru baginya selaku penerbit eksekutif album ‘Al Husna’ yang dialunkan olehnya sendiri yang menjadi taruhan beliau bagi memeriahkan lagi industri seni tanahair.

Sharifah Khasif, 31, pemegang ijazah kewangan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menaruh harapan yang tinggi terhadap album Al Husna kerana baginya ia amat bermakna dan tidak ternilai harganya. Sepanjang bergelar qariah tersohor negara, penghasilan album ini adalah menjadi impiannya sekian lama. Al Husna merupakan produk pertama yang diterbitkan di bawah syarikatnya sendiri iaitu Sharifahkhasif Production Sdn. Bhd.

“Album ini diterbitkan atas dasar minat yang mendalam terhadap keindahan seni qasidah burdah dan lagu-lagu arab. Kalau dulu saya gemar mendengar alunan hebat dari penyair-penyair arab seperti Ummi Kalthom, Wardah, Abdul Halim Hafez dan ramai lagi. Kini saya ingin berkongsi dengan masyarakat untuk memperlihatkan keindahan seni. Saya berharap agar mereka yang mendengar akan mendapat manfaat dari album Al Husna ini” ujar Sharifah Khasif yang bersuara lunak ini. Dengan menggunakan khidmat komposer terkenal Yasin Sulaiman sebagai penerbit, Sharifah Khasif yakin dengan kualiti yang ada pada setiap lagu yang dihasilkan. “Yasin memainkan peranannya sebagai komposer agar lagu – lagu yang terdapat didalam album ini mampu memenuhi citarasa pendengar.”

Rakaman album ini mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan dan dirakamkan di Harem studio milik Yasin sendiri.

Album Al Husna yang dilancarkan pada 27 Jun 2013 bertempat di Hotel Royale Bintang Damansara mempunyai 6 buah lagu antaranya Asmaul Husna, Ya Imam Arrusli, Law Kana Bainana, Mawlay Ya Salli, Tholamo Asyku Gharomi dan Sollu Ala Khairil Anam.

Lagu popular Law kana Bainana juga telah dipilih untuk dimuatkan di dalam album ini. Apabila ditanya tentang lagu tersebut, Sharifah Khasif menegaskan bahawa beliau amat meminati lagu ini dan terlalu dekat dihatinya selain ingin memberikan kelainan kepada pendengar kerana mereka sering mendengar versi lelaki dan kali ini dengan versi wanita yang pastinya “ luar biasa”

Bagi memastikan kelancaran penjualan album ini, pihak Sharifahkhasif Production Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Arteffects Sdn. Bhd dan Warner Music (M) Sdn Bhd yang dilantik selaku pengedar untuk pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Al Husna mula memasuki pasaran mulai esok, 28 Jun 2013 dan boleh didapati di seluruh outlet muzik dan kedai-kedai buku islamik dengan harga RM29.90. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Sharifah Khasif dan album Al Husna khususnya boleh layari www.sharifahkhasif.com.my

One Comment

Leave a Reply
  1. Assalamu alaikum wr wb.It is my pleasure suddenly I find your fb site & I m lucky enough to hear tilawate Quran.Alhamdulillah.May Allah bless you.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Korea Kimchi Family

Betul Ke Aaron Aziz Pernah Jadi Gangster Semasa Remaja?