in ,

Shahz Jaszle Serang Pasangan Khalwat di Bangsar?

[dropcap]K[/dropcap]emelut kontroversi pelakon Shah Jaszle bersambung lagi hari ini. Perkembangan terkini, mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri yang memutuskan pertunangan, Shah Jaszle dikatakan telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’ segala masalah.

Dalam sebuah blog hiburan menyebut, aktor itu memang benar-benar melepaskan amarahnya petang semalam dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun tidak diketahui butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tetapi khabarnya pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.

Semalam melalui Hip Berita Harian, Shah Jaszle & tunang, Redzwani Puteri telahpun dikatakan putus tunang dan cincin telah pun dipulangkan secara baik pada 10 Jun lepas akibat dari kes khalwat yang membabitkan Shah Jaszle & seorang wanita misteri bernama Farah.

Mengikut sumber terdekat dengan keluarga Redzwani, walaupun Redzwani nampak kuat di mata masyarakat, tetapi sebenarnya Redzwani lebih kerap bersendirian dan akan menangis apabila diajukan soalan mengenai hubungannya dengan Shah.

shahz jaszle

Shahz Jaszle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20

AirAsia Wins Best Innovations Paradigm Award