in ,

Shaheizy Sam Bongkar Rahsia Emma Maembong Ada Simpan Perasaan Terhadapnya

Shaheizy Sam Bongkarkan Yang Emma Maembong Ada Simpan Perasaan Terhadapnya. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Hubungan Mereka Berdua.

Pelakon Shaheizy Sam akui pertama kali mendapat pujian mengenai lakonannya daripada seorang rakan artis dan ia adalah Emma Maembong. Sam tidak menyangka selama ini Emma meminati dan suka dengan hasil kerja serta lakonannya.

“Sebenarnya teruja dan tak sangka, pertama kali ada rakan artis yang admire dengan kerja dan hasil lakonan saya. Bila Emma memberitahu dia suka dengan lakonan saya selama ini, saya seronok mendengarnya,”

Sam berkongsi perkara tersebut di dalam program realiti The House musim pertama dalam episod 7 yang pernah ditayangkan pada tahun 2016. The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga Berpecah, Hafreez Hanya Sekolah Darjah Enam

Hans Issac Bukan Lagi Pengerusi FINAS