in ,

Shah Hazvee Mengaku Tak Bersalah Dituduh Pikat Isteri Orang

Seorang pelakon drama telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetubuhan. Pelakon drama Monalisa, Shah Hazvee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin lalu.

Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, atau dikenali dengan nama pentas Shah Hazvee, memakai baju T berbelang kelabu hitam dan seluar khakis, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mengikut tuduhan, pelakon drama ‘Monalisa’ dan ‘Hero’ itu didakwa memikat isteri orang berusia 36 tahun dan supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.

Muhammad Shah Radhi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Shah Hazvee Mengaku Tak Bersalah Dituduh Pikat Isteri Orang

Pelakon drama Hero itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di No 28 Jalan SU 2C, Taman Sering Ukay, Hulu Langat kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 kepada tertuduh, bagaimanapun peguamnya Harcharanjit Singh memohon supaya anak guamnya dijikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2000.

Harcharanjit bagaimanapun meminta wang jaminan RM2, 000 kerana tertuduh seorang artis dan mendapat liputan meluas yang tiada alasan untuk dia melarikan diri.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2, 300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes 5 Ogos ini.

Shah Hazvee Mengaku Tak Bersalah Dituduh Pikat Isteri Orang

Sebelum ini, pelakon itu turut terbabit dalam drama Hero yang berkisar mengenai bomba.

Beliau berkata, tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.

Katanya, anak guamnya adalah seorang artis dan tiada sebab untuk melarikan diri.

Farah Nasihah membenarkan Muhammad Shah Radhi diikat jamin dengan wang jaminan RM2300 dengan seorang penjamin.

Shah Hazvee Mengaku Tak Bersalah Dituduh Pikat Isteri Orang

Difahamkan bahawa pelakon itu dijamin oleh kakaknya.

Rabu lalu, Harian Metro melaporkan pelakon berusia 23 tahun berkenaan ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff  mengesahkan pihaknya menahan tertuduh di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Menerusi berita yang disiarkan pada hari Rabu lalu, pengurus kepada Shah Hazvee iaitu Leana Sharif tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa itu bersama bekas pengurusnya.

Suspek ditahan pada 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan.

Sumber: BH Online & mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Warner Music Malaysia Nyanyi Semula DARI JAUH KU POHON MAAF

Ada Sebab Soffwany Yusoff & Raja Afiq Rahsiakan Pertunangan