in ,

Ustazah Shadiya Abbas Jadi Pengacara HAIWAN TELADAN di TV3

Rancangan Haiwan Teladan yang diperkenalkan Ramadan tahun lalu kembali menemui penonton untuk musim kedua khusus ketika adik-adik cilik menjalani ibadah berpuasa.

Haiwan Teladan merupakan rancangan bersiri kanak-kanak yang menceritakan pelbagai kisah menarik dan tauladan diadaptasi dari kisah haiwan yang jarang diceritakan namun ianya terdapat di dalam Al-Quran. Haiwan Teladan akan ke udara sepanjang bulan yang mulia setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 24 Ogos 2009, jam 9.00 pagi.

HAIWAN TELADAN MUSIM KEDUA TEMUI ADIK CILIK DI BULAN RAMADAN

Selain dari sesi bercerita tentang kejadian haiwan ini, terdapat juga beberapa segmen lain seperti segmen kraf dan segmen bahasa di mana penonton boleh mempelajari bahasa seperti Arab, Mandarin, Inggeris dan lain-lain lagi. Adik-adik juga boleh meningkatkan ilmu bacaan doa di mana segmen doa akan memaparkan doa-doa mudah yang dibacakan bersama-sama kanak-kanak di studio. Istimewanya, musim kedua ini akan memperkenalkan satu segmen baru iaitu segmen masakan iaitu resepi-resepi mudah akan dikongsi bersama penonton cilik untuk mencuba di rumah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, “TV3 pernah menayangkan program khusus di bulan Ramadan untuk kanak-kanak berjudul Kisah Anbiya’ bersama dengan pengacaranya, Wardina Safiyyah. Berbeza dengan Kisah Anbiya’, Haiwan Teladan mengetengahkan pengacara baru iaitu ibu kepada seorang anak, Shadiya Abbas. Naluri keibuaan yang terserlah dan keperibadian Shadiya dianggap sesuai untuk mengendalikan program khusus buat penonton kanak-kanak ini.”

“Haiwan Teladan dipertontonkan kepada adik cilik bertujuan untuk menceritakan kepada para penonton khususnya penonton cilik tentang kisah-kisah haiwan dari Al-Quran. Ramai yang tidak menyedari bahawa setiap kejadian makhluk termasuk haiwan mempunyai kepentingan dan tujuan tertentu bagi faedah dan ujian bagi manusia. Selain itu, melalui program ini dapat meningkatkan kreativiti minda penonton dengann adanya segmen kraf, belajar bahasa dan segmen masakan. Setelah menjalani ujibakat, seramai lebih kurang 10 adik-adik dari tadika di sekitar Lembah Klang telah dipilih menjadi tetamu di studio. Rakaman sebayak 19 episod telahpun selesai dirakamkan selama dua minggu di Kompleks 3C MPSJ, Subang Jaya.”

Barisan produksi yang menjayakan Haiwan Teladan terdiri dari Ruzmi Kamarudin (Penerbit Eksekutif), Junaidah Md Din (Penerbit) dan menampilkan Shadiya Abbas sebagai pengacara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

34 Stesen Radio RTM 1 Suara Laungkan Merdeka

Gambar Scha Al-Yahya di Pelancaran Filem Libas