in , ,

Seungri Diharamkan Keluar Korea Selatan Gara-gara Jenayah Pelacuran

Agensi pengurusan kumpulan K-pop popular, Big Bang menamatkan kontrak Seungri yang kini menjadi suspek dalam siasatan polis berhubung dakwaan mengatur perkhidmatan seks kepada pelabur berpotensi. Selain itu, bahana dari itu Seungri tak boleh keluar dari bumi Korea.

Bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri telah diharamkan meninggalkan Korea Selatan oleh pihak berkuasa selepas dikaitkan dengan jenayah pelacuran. Seungri sebelum ini membuat pengumuman di laman Instagram mengatakan dia sudah pun meninggalkan kumpulan yang telah menaikkan namanya dalam persada seni. 

Seungri

Kelab malam, Burning Sun yang dimilliki selebriti berusia 29 tahun itu dikatakan terbabit dengan skandal rasuah, penyalahgunaan dadah dan sindiket pelacuran. 

Seungri juga didakwa membekalkan gadis-gadis tanpa kerelaan mereka untuk melayani nafsu seks pelabur asing di kelab miliknya itu. 

Selain itu, Seungri turut didakwa menyediakan gadis-gadis untuk melayani rakan-rakan selebriti seperti Jung Joon Young, Jong Hoon (FT Island) dan Jong Hyun (CN Blue). 

Tuduhan jenayah itu juga membawa kepada pendedahan mengejutkan mengenai seorang lagi penyanyi, Jung Joon-young yang berkongsi video dia melakukan hubungan seks dengan wanita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Indah Busana Wedding Putih Salju Fasha Sandha & Aidil Aziz Rekaan Azura Couture

Jarang Buat Persembahan di Stesen TV, Ini Alasan Anuar Zain