in ,

Setelah Dua Tahun, Shuib Umum Meninggalkan Hot FM, Mahu Fokus Kepada Perniagaan

Pada hari ini, penyampai Hot FM iaitu Shuib telah mengumumkan untuk berhenti menjadi penyampai di stesen radio itu setelah dua tahun bersama. Ini adalah untuk memberi ruang bagi Shuib menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan yang diceburinya. Semoa Shuib terus sukses.

Penyampai radio Hot FM, Shahmira bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib telah mengumumkan bakal meninggalkan Geng Pagi Hot di Hot FM setelah 2 tahun ke udara bersama. Dengarkan hari terakhir Shuib bersama Shuk dan Fizie menerusi segmen Geng Pagi Hot, Jumaat ini, 22 Januari 2021 bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Shuib memaklumkan perkhabaran itu pagi tadi, semasa ke udara bersama Geng Pagi Hot. Shuib berkata beliau meninggalkan Hot FM kerana ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada perniagaan yang dijalankan.

Sebelum ini, Shuib mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Pihak pengurusan Ripple terutama Hot FM merakamkan setinggi penghargaan kepada Shuib sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saharul Ridzwan Terkejut Pendapatan Dua Kali Ganda Semasa Tempoh PKP

Video Pertama Gelagat Fatima, Anak Fazura & Fattah Ditonton Hampir 900,000 Tontonan