in

Set Cenderamata Olimpik Dari Mcdonald’s

MILIKI SET CENDERAMATA OLIMPIK DARI McDONALD’S
Gelas Sukan Olimpik London 2012 Coca-Cola edisi terhad boleh didapati percuma dengan setiap pembelian set hidangan Gelas Coca-Cola McDonald’s

Kemeriahan Sukan Olimpik disambut di seluruh pelosok dunia, dan rakyat Malaysia turut bergembira dengan mengumpul memorabilia Olimpik istimewa, iaitu Gelas Sukan Olimpik London 2012 Coca-Cola edisi terhad dari McDonald’s.

1_Coca-Cola London 2012 Olympic Games Glasses

Koleksi peringatan Sukan Olimpik London ini boleh didapati dalam enam warna yang berlainan. Setiap satunya mempamerkan piktogram acara sukan Olimpik – Bolasepak, Lumba Basikal, Olahraga, Renang, Gimnastik dan Bola Keranjang. Reka bentuk yang unik dalam pelbagai warna ini diperkenalkan satu per satu setiap hari Jumaat.

Kempen dimulakan dengan rekabentuk Bolasepak pada 6 Julai dan akan berlangsung sepanjang 6 minggu hingga 16 Ogos. Sebiji gelas akan diberikan percuma dengan setiap pembelian Hidangan Gelas Coca-Cola McDonald’s, yang merangkumi Hidangan McValue besar bersama Sundae atau McFlurry. Pelanggan McDonald’s dapat memilih antara 18 jenis Hidangan McValue besar dan 9 jenis pencuci mulut.

Kempen Gelas Olimpik Coca-Cola merupakan satu daripada inisiatif McDonald’s, selaku Restoran Rasmi Sukan Olimpik, untuk menyemarakkan lagi semangat Olimpik dalam kalangan rakyat Malaysia. Baru-baru ini, McDonald’s telah menganjurkan Larian Hari Olimpik terbesar yang pernah diadakan di Malaysia di samping melantik dua daripada angkatan pekerjanya yang terbaik untuk mewakili Malaysia dalam promosi McDonald’s di Sukan Olimpik London.

“Pihak McDonald’s, selaku penaja Pergerakan Sukan Olimpik di Malaysia, amat teruja kerana telah berjaya menarik minat pelanggan, melibatkan pekerja dan menggalakkan komuniti untuk mengambil bahagian dalam sambutan sukan antarabangsa ini dengan cara yang tersendiri melalui penajaan sukan Olimpik global ini,” kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia and Pengurus Serantau Malaysia & Singapura.

“Kempen Gelas Olimpik Coca-Cola McDonald’s mendampingkan pelanggan kepada kemeriahan kejohanan tersebut dengan menawarkan nilai produk yang tiada tandingan. Tahun ini, kami telah menyediakan 3.3 juta gelas dalam tempoh 6 minggu, khas untuk pelanggan kami. Ini merupakan satu pencapaian hebat yang tidak pernah dikecapi dahulu,” tambah Casanova.

Hidangan Gelas Coca-Cola McDonald’s boleh didapati sementara stok masih ada dari 11 pagi hingga 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh kempen.

RMHC Awards of Excellence 2008

McDonald’s dan Sukan Olimpik
Komitmen McDonald’s dalam Pergerakan Sukan Olimpik bermula pada tahun 1968 apabila pihak syarikat menghantar bekalan burger melalui udara bagi atlit-atlit Amerika Syarikat di Grenoble, Perancis untuk memuaskan keinginan mereka untuk menjamu makanan tanah air sendiri. Sejak itu, McDonald’s telah menyediakan pelbagai menu istimewa dengan hidangan yang lazat kepada berjuta-juta atlit dan jurulatih, termasuk ahli keluarga dan penyokong mereka. Sukan Olimpik London 2012 merupakan kali kesembilan McDonald’s menjadi Restoran Rasmi Sukan Olimpik secara berturut-turut.

Mengenai McDonald’s
McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera yang terkemuka dengan lebih daripada 33,500 restoran di seluruh dunia. Ia menawarkan perkhidmatan kepada 68 juta pelanggan di 119 negara setiap hari. Di Malaysia sebanyak 230 restoran McDonald’s melayan 13 juta pelanggan sebulan. Di samping itu, McDonald’s menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan kepada lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di restorannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Bayi Sulung Zed Zaidi Selamat Dilahirkan

Drama Episod Ramadan Bersama Naida