in

Serverfreak Kini Berwajah Baru

Serverfreak, pengendali hosting terkenal kini berwajah baru, lebih mesra pelanggan, lebih tersusun dan sentiasa dikemaskini. Laman sesawang baru Serverfreak sudah pun dilancarkan pada hari ini iaitu pada 15 Julai 2010. Sebanyak 2 pakej baru untuk shared hosting iaitu Platinum (30GB disk space) & Gold (60GB disk space).

Untuk info lanjut, anda boleh melayari laman Serverfreak iaitu www.serverfreak.com

Jangan lupa untuk follow Serverfreak Twitter iaitu http://twitter.com/serverfreak

Selain itu juga, Serverfreak telah pun mempunyai blog terbaru yang lebih berinformasi dan sangat berguna untuk anda. Jadi apa kata, jom layari Blog WOW serverfreak http://www.wow.serverfreak.com

Blog ini di wujudkan sebagai platform interaksi antara Serverfreak dengan pelanggan, dan di harapkan blog ini mampu memberi informasi kepada pelanggan SF & pada masa yang sama memberi peluang kepada SF untuk lebih memahami pelanggan SF.

Blog ini terbahagi kepada dua kategori :

Frisky adalah untuk bloggers, generasi muda dan ‘social networkers’ dimana kandungan blog menjurus ke arah aktiviti, peraduan dan tips menarik untuk generasi yang
sentiasa aktif mengikut perkembangan semasa.

Savvy pula menjurus ke arah kandungan yang lebih informatif dan serius dan lebih sesuai kepada para ahli perniagaan dan entrepreneurs.

Savvy juga memberi peluang kepada pelanggan SF yang mahukan SF membantu mempromosikan kewujudan business mereka dalam bentuk banner dalam laman Savvy sendiri. Ini merupakan salah satu inisiatif SF dalam membantu para ahli perniagaan khususnya bagi mereka yang baru mula berkecimpung dalam bidang masing masing.

Jom sertai Peraduan FREAKYFOTO.

Peraduan ini dijalankan sempena wajah baru SF. Penyertaan di buka kepada SEMUA ( pelanggan Sf & bukan pelanggan SF). Peraduan ini dijalankan dai 15Julai 2010 – 15 Ogos 2010.

Cara penyertaan :
a) tangkap gambar anda dalam ekspressi paling lucu atau mengerikan (freaky)
b) upload gambar tersebut di laman http://wow.serverfreak.com/freakyfoto/
c) dapatkan rakan atau ahli keluarga untuk undi gambar anda.

Maklumat lanjut tentang hadiah peraduan ini boleh didapati disini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wakaka Crew Juara Showdown 2010

Gossip Artis Baru Tak Pandai Nak Hormat