in , ,

Sering Dilanda Kontroversi, PU Amin Akui Doakan Sajat Berubah & Kembali Ke Fitrah

Sering saja dilanda kontroversi, pengusaha kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman baru-baru ini telah terpalit sekali lagi dengan isu penampilannya yang menyerupai gaya seorang wanita sehinggakan dia telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Berikutan dengan hal itu, salah seorang pendakwah bebas terkenal iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin dilihat telah tampil memuji tindakan yang telah diambil pihak berwajib namun jauh di sudut hatinya , dia sering berdoa agar usahawan tersebut dapat berubah ke jalan yang benar.

Terdahulu, Sajat telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 6 Januari atas kesalahan berpakaian seperti seorang wanita dalam satu majlis keagamaan yang dihadirinya pada tahun 2018 yang lalu.

Sering Dilanda Kontroversi, PU Amin Akui Doakan Sajat Berubah & Kembali Ke Fitrah 2021-01-22 at 7.30.26 AM

“Tahniah Jabatan Agama kerana dah berikan hukuman buat Sajat. Ini bukti bahawa Jabatan Agama tak lemah dan ada kuasa menjaga agama. Nasihat, teguran, laporan dan hukuman dah diberikan pada Sajat. Usaha untuk baik pulih dah dilaksana. Saya tak henti berdoa agar Sajat pulih dan kembali kepada fitrah.”

PU Amin menulis hantaran tersebut menerusi satu entri terbaru yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

“Semoga Allah beri petunjuk pada Sajat dan seluruh legasinya. Kita juga berdosa, kita juga hina, tapi jangan kita sebarkan dan tontonkan dosa itu kepada masyarakat.” – PU Amin

Dalam pada itu, tambah PU Amin lagi, dia benar-benar berharap agar Sajat mengambil iktibar dan pengajaran dengan segala tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas dirinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ibu Neelofa Tidak Salah Cuma…”- Raja Permaisuri Agong Komen Isu Daging Harimau Menangis

Dilihat Kembali Mengusahakan Bisnes Bersama PU Riz, Cincin Merisik Kembali Dipakai Oleh Neelofa?