in ,

Persembahan Lawak SEPAHTU REUNION LIVE 2020 Diteruskan Untuk Menghiburkan Peminat

SEJAK 5 tahun ‘Sepahtu Reunion’ bersiaran, tahun 2020 menyaksikan buat pertama kalinya program komedi Astro Warna yang lazimnya bersiaran secara langsung dari Teater Shah Alam bermula 15 Oktober 2020 lalu diadakan tanpa tenaga sorakan dan gelak ketawa penonton.

Sejarah luar biasa yang tercipta itu sudah tentu korang tahu kan kenapa terjadinya sedemikian? Ya, langkah norma baharu itu diambil bagi memenuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). yang kini berkuat kuasa.

Bagaimana agaknya semangat Sepahtu yang dianggotai Shuib, Rahim, Jep dan Pak Ya untuk terus memberikan persembahan terbaik tanpa gelak ketawa dan tepukan penonton?

sepahtu

“Benar, sejak 5 tahun lalu, ini merupakan kali pertama tidak ada penonton bersama kami.

Namun, saya seronok dapat kembali. Sepahtu Reunion adalah platform yang paling saya minati dan program ini adalah sebuah kebanggaan bagi diri saya.

Alhamdulillah, bila kembali, rasa syukur sangat walaupun dalam norma baharu,”.

Shuib

Malah pemilik nama penuh ahli kumpulan Sepahtu ini, Shahmira Muhamad, 36, mengakui pada mulanya rasa bimbang apabila diberitahu pihak produksi bahawa tiada penonton yang akan menyaksikan persembahan mereka kali ini.

“Walaupun siaran langsung akan berjalan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami tak berkompromi dari segi kualiti kerja dan persiapan yang dibuat. 

“Kami tahu ramai yang akan menonton di kaca televisyen. Jadi, kami semua akan berikan yang terbaik buat peminat,”

Shuib

Mengulas lanjut langkah yang diambil pihak produksi, Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata,

“Selaku hab kandungan komedi utama tanah air, penghasilan program Sepahtu Reunion Live bagi tahun ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk menghiburkan penonton Astro Warna dan peminat kumpulan Sepahtu yang sudah tentu merindukan ‘pikat line’ daripada Shuib, Rahim, Jep dan Pak Ya.”

Norzeha Mohd Salleh

Menurutnya, walaupun bersiaran tanpa penonton, beliau yakin Sepahtu Reunion Live 2020 mempunyai peminat dan tarikannya yang tersendiri.

“Kumpulan Sepahtu dan juga kru produksi tetap dengan misi menghibur mereka, malah menjadikan ‘norma baharu’ sebagai pembakar semangat.

Pembakar semangat bagi pelawak dan kru produksi adalah kedengaran gelak ketawa dan reaksi penonton, namun, saya amat kagum dengan komitmen yang diberikan oleh semua yang bertungkus lumus menjayakan program berkenaan saban tahun,”

Norzeha Mohd Salleh

Jadi jika korang terlepas siaran terdahulu dan mahu saksikan bagaimana suasana Sepahtu Reunion Live 2020 tanpa penonton, boleh sahaja menantikan siaran itu ke udara setiap hari Khamis, jam 9 malam secara langsung di Astro Warna (127) dan Warna HD (107)

Program berdurasi 60 minit ini juga boleh disaksikan di platfrom digital melalui aplikasi Astro GO dan secara strim dengan kemudahan on demand malah jika mahu terus ikuti perkembangan program ‘Sepahtu Reunion Live 2020’ boleh layarinya  di laman media sosial rasmi facebook portal zon lawak; Instagram @zonlawak dan tanda pagar #sepahtureunionlive2020. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kontroversi! Video Panas Mirip Jekfer Tersebar di Twitter, Hun Haqeem Masih Kunci Mulut

Addy Kana & Alvin Terlibat Dalam Macau Scam, Jadi Ejen Sindiket Didalangi Warga China