in

Senarai Selebriti Popular di Mega Bazaar 2014

Salam Jumaat buat semua pembaca dan #Budieyators sekalian, diharapkan hari yang mulia ini anda semua berada dalam keadaan baik-baik semuanya. Budiey sekarang sedang sibuk untuk buat persediaan bagi membuka gerai jualan di Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd ni.

Kepada yang belum tahu apa itu Mega Bazaar ni, anda bolehlah melihat poster kat bawah ni ha, ramai sekali selebriti yang akan buka gerai jualan mereka. Budiey pun akan turut sama meniaga di sana. Rasanya sebelum ini belum pernah Budiey buka jualan di mana-mana bazaar. Kali ini, entah dapat semangat dari mana ntah, Budiey tak nak ketinggalan untuk buka gerai.

Insyaallah Budiey akan jual merchandise Budiey.com dan baju T #Budieyators akan dilancarkan di Mega Bazaar nanti. Kepada yang nak beli, jangan lupa ke sana. Berapa hengget? Haaa, nanti Budiey akan kasi tahu kat blog ni nanti ya. Yang penting, korang datang memeriahkan Mega Bazaar 2014 sebab apa, Budiey lihat fuhyooo ramai giler kot selebriti yang ada kat sana!

Mega Bazaar 2014 yang bakal diadakan pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang adalah ibarat sebuah perhimpunan ramai artis dan selebriti terkenal Malaysia apabila hampir 100 booth sudah pun dipenuhi mereka.

Bayangkan, bukan setakat pelakon popular seperti Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya saja bakal berada di sana sepanjang dua hari berlangsungnya bazaar nanti, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual pelbagai barang mereka.

Mega Bazaar 2014

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, Catriona Ross dan ramai lagi.

Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, bazaar terbesar di Malaysia ini bakal mencipta fenomena tersendiri selain direkodkan sebagai himpunan peniaga online terbesar malah Mega Bazaar 2014 akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemampuan kuasa beli rakyat Malaysia.

“Saya sebagai penganjur sendiri tidak sangka sambutan yang kami terima setakat ini. Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti. Justeru saya yakin Mega Bazaar 2014 akan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli barangan pelbagai jenis dan pilihan pada harga paling rendah lebih-lebih lagi semua sedang sibuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri.

“Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga, kami masih membuka peluang pada saat akhir ini tapi perlu saya ingatkan, kami hanya tingggal beberapa saja lagi booth yang masih kosong kerana lebih 1000 lain sudah lama ditempah. Jangan tunggu lama dan tak perlu fikir lagi. Hubungi kami untuk membina profil keuntungan anda bersama kami.”

Mega Bazaar 2014 akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana!

Ikuti hashtag di laman sosial samada di Instagram, Twitter dan Facebook : #megabazaar2014

Mega Bazaar 2014Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Miera Leyana Nafi Bercinta Dengan Hussien?

Samsung GALAXY Note 3 Kini Ada Tiga Warna Pilihan Menarik