in , ,

Senarai Program Menarik Sempena Tahun Baharu 2021 di TV2

Tahun 2020 dunia terpaksa melalui krisis pandemik Covid-19 yang mengubah pola kehidupan seharian kita. Dalam kesukaran berdepan dengan wabak ini hakikatnya telah mengajar kita untuk lebih menghargai dan bersyukur seadanya daripada mengharapkan sesuatu yang tidak pasti terutama dalam menghargai masa dan keluarga.

Justeru mukadimah Tahun Baharu 2021 diwarnai Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan mengajak penonton setia salurannya meluangkan masa berkumpul dengan yang tersayang menonton program di rumah masing-masing. Siapa kata sambutan tahun baru 2021 tidak boleh disambut dengan meriah? Sambil menonton kita boleh bersembang, berkongsi azam tahun baru, cabaran tahun 2021 dan banyak lagi aktiviti boleh dilakukan bersama-sama.

RTM melalui saluran TV2 tampil dengan beberapa program khas bermula tarikh 31 Disember ini, pukul 9.30 malam dengan tayangan filem “Tai Chi Zero” yang membawa kisah di Desa Chen, semua penduduk mahir seni bela diri yang dikenali sebagai Tai Chi Chen. Lu Chan datang ke desa tersebut untuk mempelajarinya, namun penduduk kampung dilarang mengajar Tai Chi Chen kepada orang luar.

Filem Tai Chi Zero

Tetapi apabila Desa Chen cuba dimusnahkan seorang lelaki yang ingin membina jalan kereta api merentasi desa tersebut, penduduk kampung menyedari bahawa mereka mungkin tidak mempunyai pilihan selain menaruh kepercayaan kepada Lu Chan yang mempunyai kekuatan tersembunyi. Filem aksi ini dibintangi oleh Anglebaby, Jayden Yuan, Stephan Fung, Tony Leung Ka-Fai dan Shu Qi.

telemovie Di Sisi

Esoknya, tanggal 1 Januari 2021 seawal pukul 10.00 pagi, saksikan telemovie diberi tajuk “Di Sisi” yang telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2019. Kisahnya tentang Jali bekas peninju hebat yang kematian isteri dan kini hanya mampu berada di kerusi roda mengharapkan bantuan anaknya Udin. Udin seringkali dibuli oleh rakan sebayanya yang lain.

Namun sentiasa sabar dan tabah berada di sisi ayahnya meski seringkali dimarahi tanpa sebab. Drama terbitan Unit Drama TV ini menampilkan pelakon Muhammad Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka, Bohari Ibrahim, dan Rosnah Johari. 

Seterusnya berhibur dengan “Konsert Wings & Superfriends”, pukul 2.00 petang yang menyaksikan gabungan persembahan Kumpulan Wings bersama artis-artis popular seperti Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Datuk Nash, Datuk Siti Nurhaliza, Ito, Sahara Yaacob, Liza Hanim, Lan Kristal, Haiza, Syamel, Maya Karin, Billa, Kudeen, Uchop dan Aniq.

Rangkuman semua program terbitan Unit Hiburan RTM sepanjang tahun 2020 program #memanglayan2020, pukul 8.30 malam yang merangkumkan Dihoskan oleh Nana Mahazan, program satu jam ini akan mengimbas kembali antara konsert-konsert yang trending, rancangan hiburan sepanjang PKP iaitu Nyanyi Dari Rumah, terbitan klip video, rancangan bual bicara dan pelbagai aksi kru penerbitan di belakang tabir.

Telemovie Mr.Pavlova

Perbezaan karekter dua beranak, Eddy, anak lelaki yang sado dan bapanya, Zainal yang lembut mewarnai plot kisah telemovie “Mr. Pavlova” disiarkan pukul 9.30 malam. Pertembungan sikap keduanya membuatkan anak beranak ini sering tidak sependapat. Tapi ada sesuatu yang membuatkan Eddy mematuhi arahan Zainal iaitu membuat kek pavlova untuk memikat hati seorang gadis bernama Zahra. Telemovie ini dilakonkan oleh Erry Putra, Abby Nadzri, Datuk Jalaluddin Hasan dan Hairi Safwan. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uyaina Arsyad Terima Kejutan dari Raja Syahiran di Program MeleTop, Ini Sebenarnya Berlaku

Konsert Ciao ERA 2020 Bersama Joe Flizzow Sambut Tahun Baharu 2021