in

Senarai Peserta Pertandingan BIG STAGE

Jam 4 petang, 25 Julai bertempat di Timber @ The Row telah berlangsung sidang media pengumuman program baru berbentuk pertandingan bernama BIG STAGE yang berkonsepkan realiti menampilkan bakat muda seangkatan generasi alaf baharu. Korang kena tonton program ni sebab ramai budak-budak baru nak up akan tunjuk bakat mereka bukan sekadar nyanyi je, mereka akan menari jugak… BIG STAGE akan bermula pada 5 Ogos depan pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Big Stage Budiey

Seramai 10 bintang yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang terdiri daripada lima peserta lelaki dan wanita bakal berentap di satu pentas yang sama.

Barisan penyanyi terdiri daripada Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain dan Tajul. Manakala peserta wanita pula iaitu Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Big Stage Budiey

Menurut Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris, program realiti ini memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat namun tidak berpeluang untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Persada seni hiburan sedang mengalami perubahan yang ketara secara global. Percaya dengan istilah ‘tiada yang baharu tiada yang lama”, Astro menyambut baik perkembangan itu.

Alif Satar (dari kiri) dan Sherry sebagai pengacara utama manakala Eyra Hazali dan Harris Annuar ialah pengacara program ‘Live Plus Big Stage’.

“Menerusi Big Stage, kami menyediakan platform kepada golongan BBNU yang memiliki daya juang tinggi untuk membawa karya mereka yang selama ini cuma dipertontonkan menerusi alam maya ke alam realiti sebenar.

“Program ini memberi mereka kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi,”

Rangkaian program itu turut menampilkan dua ikon muzik tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir yang dilantik sebagai juri tetap untuk musim pertama.

Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga akan diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu untuk turut serta mengadili persembahan.

Manakala dua pengaraca popular iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad diberi tanggungjawab untuk mengemudi pentas utama Big Stage.

Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.

Big Stage Budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cinta 3 Segi Nadia Aqilah, Aidil Aziz & Erwin Shah dalam BALANG BAWAH BULAN

Tya Arifin Lancar Produk Jamu Resepi Turun Temurun MUTYARA BEAUTY