in

Senarai Penuh Top 5 Calon Akhir Anugerah Industri Muzik 19

Sebanyak 465 jumlah pencalonan, hanya lima calon terbaik setiap kategori, 17 kategori dipertandingkan, 57 orang juri yang menilai dan lebih 80 orang artis bertanding untuk edisi ke-19 Anugerah Industri Muzik telah pun diumumkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) di sidang media AIM19 yang pertama pada jam 2 petang tadi di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Anugerah Industri Muzik 19

AIM19 mengundang juru audit yang baru untuk mengira jumlah undian iaitu KPMG.

Video Sekitar Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik 19

[dropcap]U[/dropcap]ntuk info pembaca budiey.com, AIM19 akan berlangsung pada 17 November 2012 di Stadium Melawati, Shah Alam bermula jam 9 malam. Dimulakan dengan Karpet Glamor pada jam 8.30 malam bersiaran langsung di Astro Ria (Saluran 104).

Dengarnya, lokasi tahun lepas iaitu Stadium Putra tak dapat digunakan sebab sedang diubahsuai, jadi Stadium Melawati adalah lokasi yang sesuai. Ya, Anugerah Blockbuster juga akan diadakan di lokasi yang sama.

Kalau dihitung, kapasiti Stadium Melawati adalah kecil sikit berbanding Stadium Putra tapi cukup besar untuk menampung sejumlah besar peminat.

Nak tiket AIM19? Jgn lupa sertai peraduan menang tiket AIM19 di blog budiey nanti ya. Sila klik SINI

Juri AIM19

[dropcap]Y[/dropcap]una, penyanyi yang kini sedang mengukir bintang di Hollywood telah memonopoli pencalonan dengan 6 pencalonan bersama dengan Jaclyn Victor yang mempunyai vokal lantang. Sementara itu, nama penyanyi Nora pula ada terselit di 4 pencalonan.

Yang paling best, Noraniza Idris siang-siang lagi dah jadi pemenang apabila kesemua lagunya tercalon dalam Kategori Etnik Kreatif. Ini bermakna Kak Ani telah mencipta sejarah tersendiri apabila nama Kak Ani mendominasi kategori yang dikatakan sangat suram ini. Tahniah buat Kak Ani. Belum pernah berlaku dalam sejarah AIM.

Apa yang penting, ramai artis dan media mengharapkan AIM19 kali ini perlu kebal dan telus dengan keputusan yang tepat dan terbaik sesuai dengan sistem penjurian yang profesional.

Katanya, nanti tak akan timbul soal pilih kasih atau hilang kepercayaan dalam proses penghakiman calon-calon Anugerah Industri Muzik bagi edisi ke-19. Apatah lagi, proses penghakiman diseliakan oleh firma profesional yang berpengalaman luas dalam penyeliaan acara anugerah iaitu, Macomm Management Services Sdn Bhd.

[pullquote align=”right”]AIM19 akan berlangsung pada 17 November 2012 di Stadium Melawati, Shah Alam bermula jam 9 malam[/pullquote]

Proses penjurian bermula untuk kategori Rakaman Album Terbaik di Sutra Studio pada 6 September 2012, diikuti penjurian untuk hampir semua kategori yang lain di PJ Hilton pada 8 September 2012. Pencalonan dalam kategori Lagu Terbaik dan Album Terbaik merupakan kategori terakhir yang dijuri pada 26 September 2012 sekali lagi di PJ Hilton.

Malah diharap para calon tidak akan bersungut selepas keputusan diumumkan, kerana kali ini penghakiman seratus peratus dilakukan oleh pengamal industri muzik tanah air.

Selain mengumumkan calon Top 5 AIM19, Encik Rosmin Hashim selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM19 juga telah mengumumkan senarai penuh nama-nama juri ternama yang terlibat dengan proses penjurian termasuklah Datuk M.Nasir, Ajai dan Fauzi Marzuki.

Komposer yang tak asing lagi dan juga pemenang anugerah Wirama AIM sebelum ini, Adnan Abu Hassan bertindak sebagai Ketua Juri. Senarai Penuh Juri, klik SINI.

Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua calon yang terpilih. Semoga kejayaan milik anda!

Tepat jam 2 petang tadi telah berlangsung Majlis Sidang Media AIM19 yang pertama di mana telah mengumumkan senarai pendek Top 5 Pencalonan AIM19. Senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik 19 yang diumumkan

Artis Baru Terbaik

1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1. Azlan & The Type Writer (Idola)
2. Faizal Tahir (Buta)
3. Hazama (Majnun)
4. Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1. Jaclyn Victor (Counting Days)
2. Nora (Doa)
3. Shila Amzah (Patah Seribu)
4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1. Firdaus (Saat Terindah)
2. Forteen (Seperti Dulu)
3. GX4 (Kerana Kasihmu)
4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

Kulit Album Terbaik

1. Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2. Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3. Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4. Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5. Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)

Rakaman Album Terbaik

1. Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4. Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)

Video Muzik Terbaik

1. Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2. Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3. Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4. Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5. Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

Lagu Pop Etnik Terbaik

1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik

1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi

Lagu Rock Terbaik

1. Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3. Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5. Bebas (Sam) – The Azenders

Lagu Pop Terbaik

1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2. Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor

Lagu Hip Hop Terbaik

1. Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1. Memo (Yuna) – Yuna
2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3. Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5. Photo Of You (Yuna) – Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

1. Tentang Rasa (Astrid)
2. Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3. Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5. Aku Kembali (Sammy Simorangkir)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

1. Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2. Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3. Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4. Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5. AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)

Album Terbaik

1. Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2. Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3. Take Off (Pesawat – Pesawat)
4. SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5. Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)

Pecahan Pencalonan

1. Yuna (6)
2. Jaclyn Victor (6)
3. Nora (4)
4. Stephen Rahman Hughes (3)
5. Azlan & The Type Writer (2)
6. Faizal Tahir (2)
7. Jamal Abdillah (2)
8. Siti Nurhaliza (2)
9. Shila Amzah (2)
10. Hujan (2)

Penyanyi bertaraf Yuna mengungguli enam pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke 19 (AIM 19).

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dicalonkan dalam kategori Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle),Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo of You) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).

Menyusuli Yuna adalah penyanyi Jacyln Victor dengan lima pencalonan menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), (Counting Days dan Jagalah Diri), Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).

Dalam pada itu, Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan menerusi album berbahasa Malaysia pertamanya termasuk dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Di Dalam Album Terbaik untuk lelaki (Bertemu Di Syurga) selain Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.

Selain Stephen kategori Artis Baru Terbaik turut menyaksikan persaingan antara muka-muka baru seperti Keroz Nazri, Mojo, Salam Muzik dan The Malayan.

Manakala nama besar seperti Nora, Shila Amzah dan Datuk Siti Nurhaliza turut bertanding dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita).

Siti Nurhaliza juga dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Terbaik menerusi lagu Stand Up.

Antara nama lain yang turut bertanding dalam kategori sama adalah Mizz Nina, Yuna, ZE dan Jaclyn Victor.

Sementara itu, bagi kategori Lagu Pop Terbaik menyaksikan pertembungan di antara Jaclyn Victor, Yuna, Shila Amzah dan pendatang baru Hyper Act.

Manakala bagi kategori utama iaitu Album Terbaik menyaksikan pertembungan di antara Hujan menerusi album (Sang Enemy), Nora (Hikmah), Pesawat (Take Off), Salam Musik (Salam Musik) dan Stacy (Stay-C).

AIM 19 turut menyaksikan ramai muka baru yang mewarnai pencalonan tahun ini seperti Shanel, ZE, Silent Death, Hyper Act, SSk, Filsuf, Keroz Nazri, Salam Musik dan Prince of Pop dalam pelbagai kategori.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM-19, Rosmin Hashim di Hotel Royale Chulan di sini pada Selasa.

Karya yang layak menyertai pertandingan ini ialah bagi tempoh penghasilan bermula 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Tahniah dan selamat maju jaya buat semua yang tercalon!

Apa komen anda  tentang top 5 pencalonan AIM19 kali ini? Sila utarakan komen anda di ruangan komen kat bawah ni ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Industri Muzik 19

Video Sleeq Nyanyi Lagu duet Aaron Aziz SALAM SEMUA