in

Senarai Penuh Pencalonan Shout! Awards 2013

Dua pelawak iaitu Zizan Razak dan Johan mengatasi artis lain apabila masing-masing memperoleh empat pencalonan dalam anugerah Shout Awards 2013 yang akan diadakan pada 9 November depan di Stadium Putra Bukit Jalil, kuala Lumpur jam 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, telah dicalonkan menerusi kategori Flava Awards dan Favourite TV Personality Award. Manakala Johan, 29, telah dicalonkan menerusi kategori Coolest Radio Announcer Award dan Favourite Radio Show Award menerusi segmen Johara Pagi Era.

Kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Jozan turut berkongsi dua pencalonan menerusi kategori Best On-Screen Chemistry Award.

Shout Awards pada tahun ini telah menyenaraikan 17 anugerah menerusi lima kategori iaitu Muzik, TV dan Filem, Radio, ‘Works’ dan Media Sosial.

Menyusuli dibelakang kedua-dua pelawak itu adalah kumpulan hip-hop iaitu W.A.R.I.S yang mendapat tiga pencalonan menerusi kategori Flava Award, Music Video Award dan Break-Out Award.

Selain W.A.R.I.S, nama lain yang turut tercalon dalam kategori Break-Out Awards adalah Iqbal M, Jay Walia, Narmi, The Rebel dan Scum Tres Empre.

Dalam perkembangan sama, penyanyi bersuara lantang iaitu Jaclyn Victor sekali lagi tercalon dalam dua kategori iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award di samping Adira, Faizal Tahir dan Hafiz.

Sementara itu bagi kategori Hot Chick Award, Shout Awards 2013 menyenaraikan enam pencalonan iaitu Cristina Suzanne, Izara Aishah, Lisa Surihani, Nora Danish, Nur Fazura dan Scha Al-Yahya.

Manakala bagi Hot Guy Award mencalonkan Aaron Aziz, Adi Putra, Awal Ashaari, Hans Isaac, Henry Golding dan Redza Minhat.

Shout Awards 2013 turut menyaksikan muka-muka baharu yang mewarnai pencalonan tahun ini seperti Go Gerila!, Liyana Fizi, Oh Chentaku, They Will Kill Us All dan The Rebel Scum.

Pengumuman pencalonan diadakan di Hotel Empire di sini pada malam Jumaat.

Pemilihan pemenang menerusi anugerah ini dilakukan melalui undian yang boleh diikuti menerusi www.shoutawards.com.my. bermula 18 Oktober sehingga 8 November depan.

Sementara itu, Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Zainul, berkata, pada tahun ini acara berkenaan telah memperkenalkan akaun rasmi Shout Awards menerusi laman sosial keek dan Instagram.

“Menerusi dua laman sosial itu peminat boleh berinteraksi dan mengetahui perkembangan tentang acara itu,” katanya.

Tambah Airin, anugerah tersebut adalah bukti ia mampu menyediakan platform terbaik dalam memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat kreatif di negara ini.

Acara itu nanti akan dihoskan oleh Razif Hashim Natalie Kniese dan turut menampilkan persembahan daripada Joe Flizzow, Reshmenu, Najwa Latif dan Shane Filan dari kumpulan Westlife. Sumber: Mstar Online

#BudieyDotCom as Promotional Partners for The Shout! Awards 2013.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Shout Awards 2013:

Kategori Muzik

1. Rockstar Award

  1. Azlan & The Typewriter
  2. Bunkface
  3. Faizal Tahir
  4. Go Gerila!
  5. Oh Chentaku
  6. They Will Kill Us All

2. Popstar Award

  1. Aizat Amdan Ft Yuna
  2. Hafiz
  3. Jaclyn Victor
  4. Kyoto Protocol ft Liyana Fizi
  5. Noh Salleh Ft Aizat Amdan
  6. Yuna

3. Power Vocal Award

  1. Adira
  2. Azlan & The Typewriter
  3. Eddie Edzuan (Tres Empre)
  4. Faizal Tahir
  5. Hafiz
  6. Jaclyn Victor

4. Flava Award

  1. Altimet ft Awi Rafael
  2. DJ Fuzz
  3. Mizz Nina Ft Jay Park
  4. The Rebel Scum
  5. W.A.R.I.S
  6. Zizan Razak ft Kaka Azraff

5. Music Video Award

  1. Aizat Amdan ft Yuna
  2. Go Gerila! ft Loque
  3. KRU ft Stacy
  4. Love Me Butch
  5. Mizz Nina ft Jay Park
  6. W.A.R.I.S ft Juzzthin

6. Break-Out Award (Best New Act)

  1. Iqbal M
  2. Jay Walia
  3. Narmi
  4. The Rebel Scum
  5. Tres Empre
  6. W.A.R.I.S

Kategori TV & Filem

7. Best On-Screen Chemistry Award

  1. Adi Putra & Nora Danish
  2. Lisa Surihani & Beto Kusyairy
  3. Redza Minhat & Cristina Suzanne
  4. Yus & Taukeh (Jambu)
  5. Zizan Razak & Johan
  6. Zizan Razak & Johan (Jozan)

8. Fresh TV Series Awards

  1. Adam & Hawa
  2. Hip-Hoppin’ AsiA
  3. JetLag
  4. Sebenarnya Saya Isteri Dia
  5. Switch Off
  6. What If

9. Breakthrough Local Feature Award

  1. Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon & Jin PakaiToncit
  2. Istanbul Aku Datang
  3. Juvana
  4. Kil
  5. Langgar
  6. Lawak Ke Der?

10. Favourite TV Program Award

  1. Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)
  2. Bella Awards 2013
  3. Hip-Hoppin’ Asia
  4. Karoot Komedia X
  5. Maharaja Lawak Mega 2012
  6. Versus 2

11. Favourite TV Personality Award

  1. Awal Ashaari
  2. Iedil Putra
  3. Joe Flizzow
  4. Nabil Ahmad
  5. Neelofa
  6. Zizan Razak

Kategori Radio

12. Coolest Radio Announcer Award

  1. Fara Fauzana
  2. Faizal Ismail
  3. Hani Hatim
  4. Hafiz Hati
  5. Johan
  6. Prem

13. Favourite Radio Show Award

  1. Fly 30 with Hafiz
  2. Fly FM Stripped with Hani HatimJohara Pagi Era
  3. (MIX fm) Mixtape Sessions with Jakeman, Dj Dhan & Dj Fuzz
  4. (Fly FM) Pagi Rock Crew
  5. (Hot FM) Panggilan Hangit

Kategori ‘Works’

14. Hot Chick Award

  1. Cristina Suzanne
  2. Izara Aishah
  3. Lisa Surihani
  4. Nora Danish
  5. Nur Fazura
  6. Scha Al-Yahya

15. Hot Guy Award

  1. Aaron Aziz
  2. Adi Putra
  3. Awal Ashaari
  4. Hans Isaac
  5. Henry Golding
  6. Redza Minhat

Kategori Sosial Media

16. Wired Celebrity Award

  1. Aaron Aziz (@AaronDwiAziz)
  2. Adibah Noor (@adibahnoor)
  3. Fatimah Abu Bakar / Sharifah Amani / Sharifah Aleya (@fatibee / @sharifahamani / @sharifahaLEYA)
  4. Khairy Jamaluddin (@Khairykj)
  5. Sofia Jane (@memhanyut)
  6. Yuna (@yunamusic)

17. Shout Aloud Award

  1. IniAnwarHadi
  2. JinnyboyTV
  3. Kyopropaganda
  4. Matluthfi90
  5. Pete Teo Television
  6. thewkd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

INFINITE Bersedia Gegarkan Malaysia Hari Ini

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2013