in

Senarai Penuh Pemenang Golden Awards Edisi Ke-3

Golden Awards edisi ke-3 berakhir dengan jayanya pada malam Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), membawa bersama nama-nama terkenal dalam industri hiburan tempatan dan juga luar negara untuk anugerah televisyen Cina paling berprestij di negara ini.

Majlis anugerah yang bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada bakat-bakat hebat di atas kecemerlang dan sumbangan mereka dalam industri televisyen Cina Malaysia ini telah menyaksikan drama ‘The Descendant’ mengungguli majlis ini apabila berjaya membawa pulang lapan anuerah. Ini termasuk Drama Terbaik, Pengarah Terbaik , Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Baru Terbaik dan Lagu Tema Drama Terbaik.

Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik - Frederick Lee & Debbie Goh

Pelakon jelita Debbie Goh dalam ‘The Descendant’ akhirnya berjaya memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik di majlis gilang-gemilang ini selepas gagal memenangi gelaran tersebut pada 2012 dan 2010. “Semua titik peluh saya akhirnya membuahkan hasil! Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang paling penting dalam hidup saya iaitu ibu saya. Dia sentiasa berada di sisi saya di kala susah dan senang. Anugerah ini adalah untuk ibuku! Kini saya boleh berkahwin!” ujar Debbie dengan penuh emosi selepas menerima anugerah itu.

Frederick Lee yang sering digandingkan dengan Debbie sebagai pasangan di kaca televisyen turut melayangkan ucapan terima kasih kepada Debbie atas kecemerlang beliau dalam drama ini apabila nama beliau diumumkan sebagai pemenang untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Debbie yang telah bekerjasama dengan saya dalam drama ‘The Descendant’, ‘Age of Glory’ dan ‘Mining Magnate’. Saya juga bersyukur kepada abang saya, Christopher yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan. Anugerah ini saya dedikasikan sepenuhnya kepada beliau.”

Pelakon Steve Yap dan Tan Hau Yen masing-masing membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Anugerah Pelakon Baru Terbaik.

Sementara itu, pelakon dan pengacara televisyen Yeo Yann Yann yang tewas kepada Debbie Goh dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pengacara Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik malam tadi. Program terbitan 8TV Ultimate Power Star 2 pula berjaya memenangi anugerah Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik.

Keadaan di dewan menjadi semakin hangat sejurus nama pemenang untuk Pengacara Rancangan Majalah Terbaik diumumkan. Lynn Lim yang mengacarakan majlis Golden Awards 2014 berjaya memenangi anugerah ini menewaskan calon-calon lain termasuk Baki Zainal, Cheryl Lee dan Jan Chin. Rancangan Majalah Terbaik pula dimenangi program Listen To The World.

Selepas memenangi anugerah Penyampai Berita TV Paling Popular di Golden Awards 2012, penyampai berita Mandarin 7 di ntv7, Tan Ley Teng telah muncul semula sebagai pemenang untuk gelaran Pembaca Berita Terbaik tahun ini.

Sekali lagi keadaan di PICC menjadi gamat dengan sorakan penonton apabila nama pemenang anugerah Top 5 Artis Paling Popular Wanita dan Lelaki dipaparkan di skrin. Pemenang Top 5 untuk kategori ini dipilih berdasarkan undian khalayak. Pemenang bagi kategori Artis Paling Popular Lelaki ialah Adrian Tan, Henley Hii, Tan Hau Yen, Jack Yap dan Liang Kim Loong manakala pemenang Artis Paling Popular Wanita ialah Debbie Goh, Chris Tong, Wayne Chua, Aenie Wong dan Jan Chin.

Suasana majlis kembali menjadi serius apabila pelakon veteran terkenal Phua Chee Kian telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat. Pelakon berusia 56 tahun itu menerima tepukan gemuruh daripada penonton dan beliau menyampaikan ucapan yang penuh inspirasi.

“Walaupun keadaan saya sekarang tidak membenarkan saya untuk bekerja lagi, saya tidak akan berputus asa dan saya berharap untuk kembali berlakon semula,” kata Phua yang berlakon dalam drama siri Empat Sekawan yang juga merupakan drama pertama lakonan beliau.

Dianjurkan oleh ntv7 dan diacarakan oleh pengacara jelita Lynn Lim, Golden Awards 2014 telah disiarkan secara langsung di ntv7 (Saluran 107) pada 20 September 2014 jam 8.30 hingga 11.30 malam.

Anugerah Golden Awards 2014 terdiri daripada tiga kategori – Drama, Bukan Drama dan Pilihan Penonton. Sejumlah 32 anugerah akan disampaikan pada malam itu termasuk tiga kategori baru – Telefilem Terbaik, Montaj Drama TV Terbaik dan Montaj Rancangan Terbaik.

“Industri televisyen Cina di Malaysia tidak akan sama tanpa sumbangan dan dedikasi individu-individu dalam bidang ini yang telah menghasilkan drama-drama dan program-program yang berkualiti,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Cik Airin Zainul.

“Pelbagai perkara yang perlu dilakukan supaya industri ini dapat memaksimumkan potensi bakat-bakat yang ada. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada beberapa orang penting yang sentiasa menyokong industri ini sejak hari pertama. Kami tidak akan berada di mana kita berada sekarang jika tidak mendapat sokongan padu daripada penonton dan juga pihak penaja.”

“Jutaan terima kasih kepada penaja Karpet Merah dan kereta rasmi Golden Awards 2014 Toyota Camry, Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, rakan radio, one FM dan Nin Jiom selaku penaja bagi kategori Pembaca Berita Terbaik,” tambah Airin.

Bintang-bintang antarabangsa dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura turut diundang ke Golden Awards 2014 sebagai penyampai dan membuat persembahan antaranya Aaron Yan, Mike He, Guo Shu Yao, Chen Han Wei, Kym Ng, Joanne Peh dan Edmond Pang. Artis-artis tempatan Athena Beh, Shio Yee, Winson Voon, Vivian Chua, Wind Lee dan Kopi Lee Lim turut hadir menggegarkan pentas Golden Awards 2014 .

Senarai Nama Pemenang:

Drama Terbaik
The Descendant

Pelakon Lelaki Terbaik
Frederick Lee – The Descendant

Pelakon Wanita Terbaik
Debbie Goh – The Descendant

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
Steve Yap (The Descendant)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
Yeo Yann Yann (Happy Family)

Pelakon Baru Terbaik
Tan Hau Yen (The Descendant)

Pengarah Terbaik
Jason Kok (The Descendant)

Lakon Layar Asal Terbaik:
The Descendant

Lagu Tema Drama Terbaik:
The Descendant

Montaj Drama Terbaik:
Love Compulsory 2

Telemovie Terbaik
The Game 2

Drama TV Paling Popular
The Undercover

Artis Paling Popular (Wanita) – Top 5
Chris Tong, Wayne Chua, Debbie Goh, Jan Chin, Aenie Wong

Artis Paling Popular (Lelaki) – Top 5:
Adrian Tan, Henley Hii, Tan Hau Yen, Jack Yap, Leong Keng Long

Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik:
Ultimate Power Star 2

Pengacara Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik:
Yeo Yann Yann (Aunty Must Go Crazy 2)

Penyampai Berita Terbaik
Tan Ley Teng

Rancangan Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik:
7 Zoom In: Save Jalan Sultan

Penyampai Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik:
Chee Kah Teik (Global Watch)

Rancangan Majalah Terbaik
Listen To The World

Pengacara Rancangan Majalah Terbaik:
Lynn Lim (8 Mini Centuries)

Rancangan Perayaan Terbaik
Let’s Go Xi An

Montaj Rancangan Terbaik:
A New Journey 2

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Phua Chee Kian

ntv7 juga boleh ditonton di Saluran 107. Rancangan kegemaran anda juga boleh dilihat semula di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru kami menerusi media sosial:
Facebook: (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)
Twitter: @ntv7
Instagram: (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)
Hashtag: #ntv7

L-R Datuk Lai Meng & Cheng Kam Cheong

Karpet Merah - Baki Zainal & Cheryl Lee

Karpet Merah (L-R) - Kym Ng, Chen Han Wei, Joanne Peh (Artis Singapura)

Karpet Merah - Mike He, Artis Taiwan

Karpet Merah - Aaron Yan, Artis Taiwan

Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik - Frederick Lee & Debbie Goh2

Pengacara Rancangan Majalah Terbaik - Lynn Lim (8 Mini Centuries)

Lifettime Achievement Award - Phua Chee Kian

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

FOX International Channels Tayang Express From The US

Apa Yang Best di Nestum Mobile Zumba