in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016)

Budiey hadir di Anugerah Skrin 2016 semata-mata nak menemubual pelakon Fatah dan Neelofa yang sedang dikatakan hangat bercinta. Tapi hampa sebab misi semalam tak berjaya. Tapi tak apa,

Budiey ada menemubual beberapa orang selebriti yang lalu lalang di karpet merah semalam. Nantikan video eksklusif yang Budiey akan muatnaik di saluran Youtube Budiey.com nanti ya.

Sementara itu, Budiey nak kemaskini senarai pemenang ASK 2016. Tahniah buat semua yang menang semalam.

Anugerah Skrin 2016

Drama terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd iaitu Fatin diangkat sebagai Drama Terbaik, Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.

Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Bila Tiba Saatnya, Cermin Kasih, Hujan Malam Itu dan Rekah.

Pengarahnya, Razaisyam Rashid turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama) manakala Idham Mad Din menerusi Videografi Terbaik.

Fazlina Ahmad Daud pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama).

Anugerah Skrin 2016

Bagi kategori filem pula, karya terbitan Current Pictures berjudul Redha pula dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik dan ia turut menggondol trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem), Namron.

Syamsul Yusof pula cemerlang dengan filem Munafik apabila dipilih sebagai pemenang Pengarah Terbaik (Filem).

Dalam pada itu, Beto Kusyairi memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Ramadan Berteduh Syawal manakala Tiz Zaqyah Pelakon Wanita Terbaik (Cermin Kasih).

Tiz Zaqyah bersama trofi kemenangan menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama).

Fazlina Ahmad Daud pula menggondol trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) menerusi Cermin Kasih dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) milik Jalil Hamid (Calon Syurga).

Anugerah Skrin 2016

Kategori filem pula menyaksikan aktres terkenal, Maya Karin merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi penampilannya dalam filem Nota.

Namron pula dipilih penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) hasil lakonan mantap dalam filem Redha.

Jalil Hamid pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama).

Anugerah Skrin 2016

Sementara itu, Fauziah Ahmad Daud merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi filem Langit Cinta dan Hushairi Husain yang popular dalam Polis Evo dipilih pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem).

Erma Fatima pula membawa pulang dua trofi menerusi drama bersiri arahannya Mok Cun 2 iaitu Drama Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik.

Manakala Drama Rantaian Terbaik diterima oleh Wadi terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

Erma Fatima membawa pulang dua trofi kemenangan pada malam ASK2016.

ASK2016 dihoskan oleh Alif Satar bersama lapan hos bersama iaitu Ammar, Mira Filzah, Issey, Ajak Shiro, Haiza, Sarimah Ibrahim, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

Pada acara itu juga turut memperlihatkan persembahan daripada Siti Elizad, Hazama, Indah Ruhaila, Faizal Tahir, Mark Adam dan Aizat.

Anugerah Skrin 2016

Senarai Penuh Pemenang ASK2016:

1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama)

Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)

2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)

Jalil Hamid (Calon Syurga)

3. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik

Majalah Tiga (Wira Beret Semerah Hati)

4. Rancangan Hiburan Terbaik

Buskestra

5. Videografi Terbaik (Drama)

Idham Mad Din (Fatin)

6. Rancangan Bual Bicara Terbaik

Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)

7. Laporan Khas Berita Terbaik

Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)

8. Rancangan Realiti Terbaik

Let’s Cycle 2

9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem)

Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)

10. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem)

Hushairi Husain (Polis Evo)

11. Lakon Layar Terbaik

Love Supermoon (Wan Hasliza)

12. Lakon TV (Skrip) Terbaik

Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial

Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)

14. Penyunting Drama Terbaik

Izhar Masuri (Rekah)

5. Pelakon Wanita Terbaik (Filem)

Maya Karin (Nota)

16. Pelakon Lelaki Terbaik (Filem)

Namron (Redha)

17. Rancangan Anugerah Terbaik

Anugerah Juara Lagu 30

18. Pelakon Wanita Terbaik (Drama)

Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)

19. Pelakon Lelaki Terbaik (Drama)

Beto Kusyairi (Ramadan Berteduh Syawal)

20. Drama Rantaian Terbaik

Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)

21. Drama Komedi Terbaik

Mak Cun 2

22. Pelakon Komedi Terbaik

Erma Fatima (Mak Cun 2)

23. Pengarah Terbaik (Filem)

Syamsul Yusof (Munafik)

24. Pengarah Terbaik (Drama)

Razaisyam Rashid (Fatin)

25. Filem Terbaik

Redha (Current Pictures Sdn Bhd)

26. Drama Terbaik

Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)

Anugerah Skrin 2016

Anugerah Skrin 2016

Anugerah Skrin 2016

Anugerah Skrin 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salleh Brothers Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Drama Bersiri WARDEN STYLO Lakonan Adam Shahz & Nur Risteena