in , ,

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2020 AME 2020

PENYANYI Haqiem Rusli dan Siti Nordiana masing-masing diumum sebagai pemenang Top Top MeleTOP Era kategori Lelaki dan Wanita untuk Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung malam Ahad.

Penyanyi, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana masing-masing dinobatkan Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita pada Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Pada acara itu, Haqiem turut memenangi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP. Sementara, Siti Nordiana menerusi menerusi kategori Duo/Berkumpulan MeleTOP dan Artis Versatil MeleTOP.

Kategori Artis Baharu MeleTOP dimenangi Han Byul. Pasangan pelakon Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha memenangi trofi Couple MeleTOP manakala anak mereka Alisa Aisyah menang trofi Si Cilik MeleTOP.

Tidak ketinggalan, trofi Program MeleTOP sekali lagi menjadi milik Sepahtu Reunion Live 2019.

Pelakon Syafiq Kyle turut mengulangi kejayaan tahun lalu apabila memenangi trofi Bintang Filem MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Selain itu, Anugerah Khas MeleTOP diberikan kepada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Manakala Anugerah Wira MeleTOP diberikan kepada Ustaz Ebit Liew.

Malam AME 2020 yang dihoskan Nabil Ahmad, Zizan Razak dan Jihan Muse itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi senior seperti Anuar Zain dan Misha Omar.

Manakala, persembahan daripada penyanyi generasi baharu K-Clique, Floor88, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Yonnyboii, Dolla, Aina Abdul, Wany Hasrita, Andi Bernadee, Zynakal, Ismail Izzani, dan Shiha Zikir. 

SENARAI PENUH PEMENANG AME 2020

• Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli

• Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana

• Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan: Khai Bahar & Siti Nordiana

• Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle

• Artis Baharu MeleTOP: Han Byul

• Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen

• Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah

• Grup/Duo MeleTOP: Khai Bahar & Siti Nordiana

• Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli

• Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian

• Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019

• Drama MeleTOP: Sweet Dreams

• Hos MeleTOP: Alif Satar

• Pelakon MeleTOP: Ben Amir

• Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle

• Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie

• Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production

• Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana

• Anugerah Khas MeleTOP: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

• Anugerah Wira MeleTOP: Ustaz Ebit Liew

Tahniah buat semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiada Potongan Bekalan Elektrik Mulai 1 Januari, Walaupun…

Media Prima Lancar Kempen CNY 2021 dengan Tagline Money Money Home