in , ,

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTop Era 2019 #ame2019

Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita pada tahun ini. Tahniah buat semua pemenang AME 2019!

Untuk kategori tersebut, Nana dan Khai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Manakala pemenang setiap kategori lain memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.

AME2019 yang dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).

Berikut merupakan keputusan penuh AME2019:

LAGU MELETOP: Jatuh Bangun

FILEM MELETOP: Munafik 2

HOS MELETOP: Siti Nordiana

FESYEN MELETOP: Syafiq Kyle

PENYANYI MELETOP: Khai Bahar

BINTANG FILEM MELETOP: Syafiq Kyle

COUPLE MELETOP: Nur Fazura & Fattah Amin

SI CILIK MELETOP: Yusoff Al Qardawi.

PELAKON TV MELETOP: Syafiq Kyle.

PROGRAM MELETOP: Sepahtu Reunion Live Al-Puasa

ARTIS BAHARU MELETOP: Eyra Hazali. 

ARTIS LAWAK MELETOP: Jep Sepahtu

PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan

GROUP/DUO MELETOP: Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

DRAMA MELETOP: Lelaki Kiriman Tuhan

PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA

ANUGERAH KHAS: Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Sekitar Karpet Merah Anugerah MeleTop Era 2019

Siti Nordiana Tak Sangka Menang Top Top MeleTOP Wanita AME 2019