in

Senarai Penuh Keputusan rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2015

Nah ini dia keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2015 yang berlangsung pada 8 November 2015 anjuran TV3. Budiey turut diundang buat liputan di malam kemuncak pengiktirafan industri perfileman tanah air kini bertempat di PWTC Kuala Lumpur bermula pada jam 9.00 malam Ahad. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam.

Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Sacoor Brothers kerana sudi menaja sepasang suit lengkap untuk Budiey pakai di ASK 2015. Juga kepada Shawn Cutler yang terletak di Bangsar kerana sudi menaja dan buat tatagaya rambut Budiey serta Huios Prep Meal yang sudi menaja makanan clean diet untuk Budiey.

Untuk info, Anugerah Skrin ASK 2015 mempertandingkan 31 kategori utama meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal.

anugerah-skrin-2015

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2015

Drama Terbaik

  • Lorong Kecil Ke Syurga

Filem Terbaik

  • Lelaki Harapan Dunia

Pengarah Drama Terbaik

  • Raja Mukhriz- Lorong Kecil Ke Syurga

Pengarah Filem Terbaik

  • Liew Seng Tat- Lelaki Harapan Dunia

Drama Rantaian Terbaik

  • Hidayahmu Ramadhan

Drama Rantaian Komedi Terbaik

  • Rubber Band

Pelakon Lelaki Terbaik Drama

  • Amar Asyraf

Pelakon Wanita Terbaik Drama

  • Sara Ali

Pelakon Lelaki Terbaik Filem

  • Beto Kusyairi

Pelakon Wanita Terbaik Filem

  • Lisa Surihani

Anugerah Bintang Babies Blink Gold

  • Neelofa

Drama Rantaian Popular Media Sosial

  • Rindu Awak 200%

Rancangan Anugerah Terbaik

  • Anugerah Juara Lagu AJL 29

Rancangan Realiti Terbaik

  • Mentor Legend Akhir

Rancangan Hiburan Terbaik

  • The Gag About Barber

Lakon TV Terbaik

  • Lorong Kecil Ke Syurga

Lakon Layar Terbaik Filem

  • Lelaki Harapan Dunia

Pembantu Lelaki Terbaik Filem

  • Sharnaaz Ahmad

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik filem

  • Ayu Raudhah

Rancangan Bual Bicara Terbaik

  • Wanita Hari Ini

Laporan Khas Berita Terbaik

  • Berita Nasional 5

Rancangan Dokumentari/ Majalah Terbaik

  • Welcome To The Real World

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama

  • Izuan Fitri

Pelakon pembantu wanita terbaik drama

  • Raja Ilya

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Skrin ASK 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Jumbo Queen 2015 Grand Final

Apa Yang Budiey Jual di Karnival Usahawan Belia 2015