in , , ,

Tahniah! Ini Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Skrin ASK 2019

Anugerah Skrin 2019 baru sahaja tamat malam tadi. Budiey sempat ke acara berprestij ni. Karpet merahnya memang mega. Jom ketahui senarai penuh pemenang ASK 2019 tahun ini.

Anugerah yang sudah memasuki edisi ke-22 ini dianjurkan untuk memberikan pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air yang telah bekerja keras untuk menghasilkan sebuah drama dan filem.

Pengiktirafan ini diharap dapat menyumbang kepada perkembangan industri seni yang lebih baik dengan penghasilan karya yang lebih bermutu dan berkualiti.

Budiey nak ucapkan tahniah buat filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019). Sememangnya kejayaan ini sudah pun dapat dibau dan dijangkakan memandangkan filem ini sudah merangkul trofi dalam anugerah filem sebelum ini.

Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).

Tahniah juga buat drama terbitan RTM, DI SISI yang berjaya diangkat sebagai pemenang Drama Terbaik di Anugerah Skrin dengan memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Kemenangan itu mengenepikan cabaran empat drama lain yang bertanding iaitu Lalang, Sirna, Telingkah dan Titi Kayu.

Masih mengekalkan kelainan seperti tahun lepas dengan tidak menggunakan pengacara seperti program lain.

12 penyampai anugerah tersebut adalah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar.

ASK 2019 turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh.

Tidak ketinggalan pertunjukan silat mata oleh The MADgicians, tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana serta penampilan Andi Bernadee.

Mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. 

Anugerah ASK 2019 bakal menyaksikan 24 kategori yang akan dipertandingkan, manakala pemenang enam lagi kategori iaitu Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2019 pada 27 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Masih mengekalkan tiga kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun lepas seperti, Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Tahun ini, #ASK2019 menampilkan kelainan dengan pasangan selebriti popular dipertanggungjawabkan untuk mengemudi acara penuh prestij ini nanti.

Jom! Ini antara senarai pemenang bagi anugerah yang dipertandingkan pada malam #ASK2019 : 

Kategori Drama : 

 1. Drama Terbaik : Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)

2. Pengarah Terbaik Drama : Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)

3. Videografi Drama Terbaik : Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)

4. Lakon TV Terbaik : Amin Masyur (Di Sisi)

5. Penyunting Drama Terbaik : Izar Masuri (Di Sisi)

6. Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Faizal Hussien  (Samad Tedung)

7. Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)

8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Ruzaidi Rahman  (Di Sisi)

9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Amyza Aznan (Batik Zakiah)

10. Drama Komedi Terbaik : Budak Usin (Radius One Sdn Bhd)

11. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) : Kamar Kamariah  (Suhan Movies Sdn Bhd)

12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) : Sweet Delicacy (The Rock Production Sdn Bhd)

13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian  (Melayu) : Dato’ Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)

14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu) : Zara Zya (Pia)

KATEGORI FILEM

1. Filem Terbaik : One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

2. Pengarah Terbaik Filem : Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

3. Lakon Layar Terbaik Filem : Pitt Haniff, Namron, Mohd Syafiq (One Two Jaga)

4. Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Dr. Rosdeen Suboh  (One Two Jaga)

5. Pelakon Wanita Terbaik Filem : Diana Danielle (Gol & Gincu Vol. 2)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Zahiril Adzim (One Two Jaga)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Siti Saleha (7ujuh)

MELODI ASK 2019 (27 OKTOBER 2019)

  1. Rancangan Dokumentari Terbaik : Majalah 3  (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16- Christine Lee MeeChin & Zerry Fancis)

      2. Rancangan Bual Bicara Terbaik : Feel Good Show – Istimewa Deepavali- Intan Noorbaizura& Thayalan Krishna

      3. Laporan Khas Berita Terbaik  : Buletin Utama (Aduan Rakyat -Kampung Sampah- Khairul Rizuan Azizan & 

          Khairul Azwan Khalil)

      4. Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Juara Lagu 32( Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)

      5. Rekabentuk Set Terbaik : Mohd Rafi & Mohd Rashidy Samsudin -Anugerah Skrin 2018)

      6. Montaj Terbaik : Mohd Rizuan Abd Rahman & Zarul Eskander

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diskaun Besar-Besaran Sempena Ulang Tahun Ke-5 Go Shop

Gema Raudah, Hiburan Khas Maulidur Rasul Gabungkan Legenda Nasyid Terkenal