in

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Planet Muzik 2018

Sekalung tahniah lah buat semua artis yang telah menang. Yang kalah tu, jangan risau la, tahun depan kita cuba lagi okay?

Jumaat lalu, Budiey telah diterbangkan ke Singapura untuk buat liputan menyeluruh Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung MES Theatre di Mediacorp, Singapura. Tahun lepas termiss flight sebab tertinggal passport kat rumah, haa boleh macam tu? Seperti tahun sudah, penganjuran APM 2018 dinantikan oleh peminat seni suara yang menghimpunkan artis dari negara serantau, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Apa yang bestnya APM kali ini?

Anugerah Planet Muzik 2018

Antara artis Malaysia yang bertanding ialah As’ad Motawh, Naim Daniel, Mimifly, Caliph Busker, Faizal Tahir, Insomniack, SEARCH, Dato’ Siti Nurhaliza, Fazura, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Hannah Delisha, Noh Salleh, Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Anugerah Planet Muzik 2018

Yang membanggakan, adalah lagu nyanyian Ayda Jebat berjudul Mata nukilannya bersama-sama Audi Mok dan Shazee Ishak telah berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia.

Penyanyi pop Indonesia, Judika menjadi pemenang terbesar Anugerah Planet Muzik (APM) tahun ini apabila beliau meraih empat anugerah iaitu bagi Lagu Terbaik APM, Lagu Terbaik (Indonesia), Artis Terbaik (Lelaki) dan Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi duetnya dengan penyanyi legenda Malaysia, Siti Nurhaliza.

Anugerah Planet Muzik 2018

Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan Khai Bahar masing-masing membawa pulang dua anugerah. Sufi Rashid menang anugerah bagi Lagu Paling Popular (Singapura) dan Artis Paling popular (Singapura) menerusi lagunya Aku Sendiri.

Anugerah Planet Muzik 2018

Sebagai rekod, Khai Bahar turut digelar sebagai Artis Paling Popular APM buat dua tahun berturut-turut. Beliau juga membawa pulang Anugerah Ikon Media Sosial yang dimenangi Ayda Jebat sebelum ini.

Isyana Sarasvati digelar sebagai Artis Terbaik (Wanita) sekaligus menyingkiran calon-calon lain bagi kategori itu termasuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Raisa.

Anugerah Kumpulan Terbaik dimenangi Sheila on 7 bagi lagu terbarunya, Film Favorit.

Anugerah Planet Muzik 2018

Korang boleh tengok senarai pemenang Anugerah Planet Musik 2018 di bawah :

Artis Baru Terbaik (Lelaki)

Adrian Khalif – Flawless / Merona (PEMENANG)
As’ad Motawh – Senyum
Frelo – Kembalilah
Kudien Rafee – Ruangan Gelap Gerhana
Naim Daniel – Sekali Lagi

Artis Baru Terbaik (Wanita)

Charis – Supernova
Mimifly – Superfly
Rahmania Astrini – Menua Bersama
Sara Fajira – You Know (PEMENANG)
Tiesha – Boneka

Duo/Kumpulan Terbaik

Caliph Buskers & Faizal Tahir – Buta
D’masiv & Rossa Feat. David Noah – Pernah Memiliki
Gamaliel Audrey Cantika (Gac) – Suara (PEMENANG)
Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13Th – Only
Ran Feat. Yura Yunita – Melawan Dunia

Band Terbaik

Insomniacks – Selalu
Last Child – Dunia Untukmu
Noah – Jalani Mimpi
Search – Nama Yang Kau Lupa
Sheila On 7 – Film Favorit (PEMENANG)

Kolaborasi Terbaik (Artis)

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika – Kisah Ku Inginkan (PEMENANG)
Fazura & Samsons – Cinta Langka
Ismail Izzani & Alif – Luar Biasa
Rizky Febian & Aisyah Aziz – Indah Pada Waktunya
Ryan Sufiyan & Mimifly – Gila

Kolaborasi Terbaik (Lagu)

Aku Sendiri – Sufi Rashid (Sufi Rashid & Haqiem Rusli)
Bukan Maksudku – Rossa (Taufik Batisah)
Jangan – Aziz Harun (Faizal Tahir, Ezra Kong,Mike Chan & Romeo)
Tak Perlu Kata Apa-Apa – Hannah Delisha (Hannah Delisha, Romeo, Faizal Tahir & Mike Chan)
Teman Bahagia – Jaz (Ramadhan Handy “Soulvibe” & Asta Andoko “Ran”)

Artis Terbaik (Lelaki)

Faizal – Tahir Menang
Jaz – Teman Bahagia
Judika – Jikalau Kau Cinta (PEMENANG)
Kunto Aji – Konon Katanya
Noh Salleh – Renjana

Artis Terbaik (Wanita)

Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Segala Perasaan
Dayang Nurfaizah – Separuh Matiku Bercinta
Isyana Sarasvati – Lembaran Buku (PEMENANG)
Raisa – Teduhnya Wanita
Rinni Wulandari – Cintai Aku

Lagu Terbaik (Singapura)

Adakah Dia – Liwani Izzati
Boneka – Tiesha
Buat Selamanya – Alif
Only – Jagad Edge Feat. Firwan Johan & Miiko The 13Th
Racun – Farhan Shah (PEMENANG)

Lagu Terbaik (Malaysia)

Mata – Ayda Jebat (PEMENANG)
Nama Yang Kau Lupa – Search
Senyum – As’ad Motawh
Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
Superfly – Mimifly

Lagu Terbaik (Indonesia)

Jera (Hatiku Masih Milikmu) – Bunga Citra Lestari
Jikalau Kau Cinta – Judika (PEMENANG)
Kembalilah – Frelo
Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
Love Again – Afgan

Ikon Media Sosial

Raisa
Isyana Sarasvati
Rizky Febian
Jaz
Sheila On 7
Ayda Jebat
Khai Bahar (PEMENANG)
Aiman Tino
As’ad Motawh
Aliff Aziz
Aisyah Aziz
Hannah Delisha

Artis Paling Popular (Singapura)

Bhumiband
Sufi Rashid (PEMENANG)
Alif
Haikal Ali
Farhan Shah
Didicazli
The Pinholes
Haqim Mokhtar
Jagad Edge
Aisyah Aziz
Ryan Sufiyan
Isnina

Lagu Paling Popular (Singapura)

Hanya Kamu – Bhumiband
Aku Sendiri – Sufi Rashid (PEMENANG)
Buat Selamanya – Alif
Kaulah Mimpi – Stereohype
Racun – Farhan Shah
Sejujurnya – Didicazli
Sabarlah Sayang – Din Ilango
Antara Nasib Dan Takdir – Haqim Mokhtar
Only – Jagad Edge Feat. Miiko The 13Th & Firwan Johan
Kepala Batu – The Pinholes
Iyalah – Deffi
Warna – Isnina

Lagu Paling Popular APM 2018

Aku Sendiri – Sufi Rashid
Gila – Ryan Sufiyan & Mimifly
Buat Selamanya – Alif
Di Matamu – Sufian Suhaimi
Bunga – Altimet
Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (PEMENANG)
Zalikha – Floor 88
Senyum – As’ad Motawh
Lembaran Buku – Isyana Sarasvati
Film Favorit – Sheila On 7
Indah Pada Waktunya – Rizky Febian & Aisyah Aziz
Bukti – Virgoun

Artis Paling Popular APM 2018

Sufi Rashid
Aisyah Aziz
Alif
Jaz
Isyana Sarasvati
Raisa
Sheila On 7
Anji
As’ad Motawh
Aiman Tino
Ayda Jebat
Khai Bahar (PEMENANG)

Anugerah Khas Planet Muzik

ROSSA

Anugerah Planet Muzik 2018

Anugerah Planet Muzik 2018 lebih istimewa dengan memberikan penghargaan kepada ratu pop Indonesia, Rossa. Digelar sebagai salah seorang penyanyi Indonesia paling berpengaruh, Sri Rossa Roslaina Handiyani yang juga dikenali sebagai Te’ Ocha atau Dato’ Rossa diberikan Anugerah Khas Planet Muzik, atas sumbangan cemerlang beliau dalam bidang rakaman muzik.

Selain di Indonesia, penyanyi yang membawakan lagu-lagu seperti Aku Bukan Untukmu dan Ayat Ayat Cinta dengan lebih 10 juta rekod dijual di merata dunia, turut mengeluarkan album-album popularnya di Asia Tenggara dan Jepun.

Tahniah kepada semua pemenang. Khai Bahar, Judika dan Sufi Rashid antara yang mendominasi APM malam itu. Khai Bahar menang 2 anugerah iaitu Ikon Media Socal dan Artis Paling Popular.

Sebenarnya anugerah Artis Paling Popular APM adalah kemenangan ke-2 Khai Bahar selepas memenanginya tahun lepas. Selain Khai Bahar, penyanyi Ayda Jebat, Haqiem Rusli, Khai Bahar dan Dato’ Siti Nurhaliza juga turut menerima anugerah di APM.

Secara keseluruhannya, 18 anugerah disampaikan kepada para artis dan bakat terbaik dan popular dalam industri muzik Melayu serantau. Acara anjuran bersama Mediacorp Suria, stesen radio Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM, diadakan buat kali ke-17. Ia dihoskan oleh Fiza O (Singapura), Daniel Mananta (Indonesia) dan Nabil (Malaysia).

Anugerah Planet Muzik 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ghosts & Ghouls Come To Life at Golden Screen Cinemas

Cabaran Hidup Legenda Kung Fu dalam Filem Biografi BRUCE LEE, MY BROTHER