in

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21

Filem Kala Malam Bulan Mengambang mengungguli Festival Filem Malaysia Ke-21 dengan memenangi dua hadiah utama di bawah Anugerah Perdana.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi sutradara Mamat Khalid dan kategori Filem Terbaik, sekaligus menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan piala iringan.

2747882803 Ed482D3F9E | 4

Kala Malam Bulan Mengambang yang dihasilkan dalam bentuk hitam putih turut memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan cemerlang Rosyam Nor.

Selain itu, filem tersebut turut ditabalkan sebagai pemenang untuk kategori Penataan Seni Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Sementara itu, pelakon jelita Maya Karin yang kini berada di Itali untuk majlis perkahwinannya pula ditabalkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem arahan Othman Ali, Anak Halal.

Beliau menewaskan Erra Fazira (Anak), Nurfazura (Kayangan), Nasha Aziz (Otai) dan Vanida Imran (Akhirat) untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan piala iringan.

Selain Pelakon Wanita Terbaik, Anak Halal turut memenangi kategori Cerita Asal Terbaik.

2748718356 6Bea248439 | 5

Senarai pemenang bagi kategori lain ialah:

Lakon Layar Terbaik: Hans Isaac (Cuci)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Evolusi KL Drift)

Penyunting Terbaik: Nik Haslinda dan Kamarudin Abu (1957 Hati Malaya)

Skor Muzik Asal Terbaik: Sharon Paul (1957 Hati Malaya)

Filem Animasi Terbaik: World War

Filem Dokumentari Terbaik: Making The Cut

Filem Pendek Terbaik: Tiffin

Filem Digital Terbaik: Jarum Halus

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Zul Huzaimy Marzuki (Wayang)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ruminah Sidek (Pensil)

Penataan Bunyi Terbaik: Add Audio (Susuk)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Erynne Erynna (Congkak)

Pengarah Harapan: Hans Isaac (Cuci)

Pelakon Harapan Lelaki: Kamaruzaman Taib (1957 Hati Malaya)

Pelakon Harapan Wanita: Lisa Surihani (I’m Not Single)

Lagu Tema Asal Terbaik: Hati 1957 (1957 Hati Malaya)

Poster Terbaik: Susuk

Anugerah Khas Box Office: Duyung

Anugerah Khas Veteran (Wanita): Ruminah Sidek

Anugerah Khas Veteran (Lelaki): Wahid Satay

Anugerah Khas Juri:

1. Shuhaimi Baba (1957 Hati Malaya)

2. M Subash (Pensil)

3. UiTM (Wayang)

4. Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift)

– BERNAMA

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Persembahan Festival Filem Malaysia 21

Gambar Seksi Nabila Huda di Festival Filem Malaysia 21