in ,

HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Senarai 13 Nama Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-6

PROGRAM realiti nyanyian Gegar Vaganza kembali untuk musim keenam dengan menampilkan 13 peserta.

Penyanyi Wann, Sham Visa dan Naqiu Boboy tersenarai antara 13 bintang yang bakal berentap dalam Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6). Tampil dengan 11 peserta solo, satu penyertaan kumpulan duo dan satu penyertaan berkumpulan, GV6 menjanjikan persaingan yang lebih sengit pada musim ini.

gegar vaganza

Selain itu, GV6 turut menampilkan penyanyi Feeza, Nurfatima, Mazlela dan Noorshila Amin. Manakala bagi peserta solo lelaki, menampilkan Roy, Ameer Sofazr serta dua penyanyi Singapura, Hady Mirza dan Jatt Black Dog Bone. 

Lebih menarik, musim kali ini turut menampilkan dua peserta berkumpulan iaitu Kool dan One Nation Emcees. 

Untuk tahun keenam berturut-turut GV masih lagi mengekalkan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos program.

NABILJIHAN

GV6 masih menampilkan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap dan penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang yang kembali semula ke kerusi tersebut selepas setahun berehat bagi menggantikan Datuk Khatijah Ibrahim.

Kesemua 13 bintang akan diadili 100 peratus oleh dua juri tetap dan seorang juri jemputan pada setiap minggu.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad, 13 Oktober ini, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Senarai 13 Bintang GV6: 

1. Sham Visa
2. Jatt Black Dog Bone
3. Roy
4. Ameer Sofazr
5. Hady Mirza
6. Naqiu Boboy
7. Wann
8. Mazleela
9. Feeza
10. Noorshila Amin
11. Nurfatima
12. Kool
13. One Nation Emcees

Wann Bossanova kembali ‘meneran’, Ramli MS cabar penyanyi veteran – “Saya tunggu bunyi mahal daripada mereka dalam GV6”

Edisi kali ini menyaksikan persaingan 11 peserta solo dan dua lagi mewakili kumpulan dan duo.

Musim terbaharu ini memperlihatkan peserta wanita terdiri daripada penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela,  dan Nurfatima.

Manakala peserta lelaki pula ialah Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan Jatt Black Dog Bone.

Kumpulan One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool turut akan memberikan persaingan kepada peserta solo lain.

Senarai itu diumumkan pihak Astro menerusi sidang media di Garden Theater, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu pengarah muzik terkenal selaku juri tetap, Datuk Ramli MS ketika sidang media memberitahu dia tidak sabar untuk menyaksikan sesuatu yang istimewa daripada kesemua peserta.

“Memandangkan ini pertandingan nyanyian, saya menunggu bunyi yang mahal daripada mereka,” katanya.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Ia akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV6 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap disamping Ramli MS.

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5).

Sumber: mStar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem DUA GARIS BIRU

Gara-Gara Terlalu Penat, Aishah Hampir Pitam Di Belakang Pentas ABPBH32