in ,

Senarai Nama Finalis Anugerah Lawak Warna 2013

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 5 petang semalam telah berlangsungnya Sidang Media Anugerah Lawak Warna di Hotel Best Western Premier Dua Sentral untuk mengumumkan senarai nama finalis Anugerah Lawak Warna anjuran Astro.

ac mizal Senarai Nama Finalis Anugerah Lawak Warna 2013

Datuk AC Mizal pula akan menjadi pengacara bagi Anugerah Lawak Warna 2013

[pullquote align=”right”]Seramai 36 artis telah dicalonkan sebagai finalis akhir Anugerah Lawak Warna (ALW) yang akan berlangsung pada 16 Ogos ini di Istana Budaya.[/pullquote]

Dalam ramai-ramai finalis, nama pelawak Johan mendapat pencalonan tertinggi iaitu bagi tiga kategori iaitu Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem), Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) dan Artis Lawak Lelaki Paling Popular. Budiey ucapkan tahniah buat Johan!

Manakala Zizan, Sharifah Shahirah, Yus (Jambu), Scha Al-Yahya, Norkhiriah, Micheal Ang dan Mamat Khalid mendapat dua pencalonan bagi kategori masing-masing. Anugerah Terbaik akan dinilai oleh 12 juri profesional yang terdiri daripada pengarah filem, pelakon dan profesor.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, para selebriti ini akan bersaing menerusi pencalonan bagi 15 anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri.

“Pihak kami mendapat penyertaan yang terlalu banyak sehingga sukar untuk membuat pemilihan yang terbaik bagi mencalonkan mereka sebagai finalis akhir. Seperti yang dijangkakan, penjurian awal berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit.”

Bagaimanapun bagi mendapat keputusan yang adil, tiada pihak daripada syarikat penyiar yang menjadi juri pada anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Anugerah Popular yang mempertanding empat kategori iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedia Radio Popular dan Video Viral Paling Original memberi peluang kepada para peminat untuk memilih para pemenang menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Undian akan dibuka bermula 15 Julai ini sehingga malam ALW iaitu pada 16 Ogos itu nanti.

Pada sidang media itu juga, Astro Warna turut memperkenalkan trofi anugerah tersebut di mana logonya iaitu lampu mentol melambangkan kualiti idea lawak yang semakin bernas dan kreatif daripada pemikiran para pelawak.

ALW akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

Untuk maklumat lanjut tentang ALW, layari www.AnugerahLawakWarna.com.my

Senarai Nama Finalis Anugerah Lawak Warna 2013

KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK

  1. Adnan Sempit 2
  2. Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
  3. Pontianak Vs Orang Minyak
  4. Rock oo
  5. Istanbul Aku Datang

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

  1. Zizan (Hantu Kapcai)
  2. Johan (Ponti vs Orang Minyak)
  3. Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)
  4. Along (Adnan Sempit 2)
  5. Que Haidar (Rock Oo)

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

  1. Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
  2. Sharifah Amani (Ponti vs Orang Minyak)
  3. Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
  4. Yana Shamsudin (Wawa Semput)
  5. Sharifah Shahira (Ponti vs Orang Minyak)

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

  1. Johan (Super Spontan)
  2. Yus Jambu (Karoot Komedia)
  3. Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar)
  4. Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
  5. Saiful Apek (Syok : Balik Balik Rempit)

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

  1. Susan Lankaster (Keluarga Iskandar)
  2. Scha Al Yahya (Jodoh)
  3. Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
  4. Norkhiriah (Mak Sanggup)
  5. Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi)

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

  1. Karoot Komedia
  2. Syok
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Kaunter Kaboom
  5. Hot TV

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK

  1. Sepahtu
  2. Jodoh
  3. Senario
  4. Udin Glamor Balik Kampung
  5. Keluarga Iskandar

8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK

  1. Geng Bas Sekolah S5
  2. Elly & Epit
  3. Oh! My English
  4. Kan Dah Kena S1
  5. Super Smash

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

  1. Warna Raya 2012
  2. Aaron Dan Zizan Beraya Sampai Pengsan
  3. Bimbi Dan Bonni
  4. Kampung Semarah Padi
  5. Bila Joyah Masuk TV

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

  1. Adnan Sempit 2
  2. Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
  3. Pontianak Vs Orang Minyak
  4. Rock oo
  5. Istanbul Aku Datang

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

  1. Jodoh
  2. Bimbi Dan Bonni
  3. Cikgu Timah Tukar Sekolah
  4. Kampung Semarah Padi
  5. 7 Dulang Asam Pedas

12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK

  1. Wan Hasliza (Jodoh)
  2. Amaz Mazilan (Cikgu Timah Tukar Sekolah)
  3. Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
  4. Nazlee Jaafar (7 Dulang Asam Pedas)
  5. Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)

13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK

  1. Adnan Sempit 2
  2. Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
  3. Pontianak Vs Orang Minyak
  4. Rock oo
  5. Istanbul Aku Datang

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

  1. Melissa Saila (Kampung Semarah Padi)
  2. Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)Wan Hasliza (Jodoh)
  3. Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)
  4. Azhar Khalid Apache (Cikgu Timah Tukar Sekolah)

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

  1. Ismail Bob Hasim (Adnan Sempit 2)
  2. Mamat Khalid (Hantu Kak Limah 2 Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)
  3. Afdlin Shauki (Pontianak Vs Orang Minyak)
  4. Mamat Khalid (Rock oo)
  5. Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

  1. Dato’ AC Mizal
  2. Zizan Razak
  3. Johan
  4. Jep Sepah
  5. Yus Jambu

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

  1. Jihan Raja Lawak
  2. Norkhiriah
  3. Sharifah Shahirah
  4. Scha Al Yahya
  5. Didie Alias

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

  1. Sketsa JoHaRa
  2. Lagu Merapu
  3. Sepontan ERA
  4. Gosip Mossip Mak Jemah
  5. Panggilan Hangit

4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR Samad Maccaboy – Video Hangat di Malaysia (Parody)

  1. megatmiqael – Gwiyomi Paling Gangster
  2. popteevee – The Dendamers (The Avengers Parody)
  3. EdsynEngineUp – Malaysian Lady Driver
  4. matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin

5. ANUGERAH KHAS JURI pula akan diumumkan pada malam Anugerah Lawak Warna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Hamidun Tak Jadi Pinang Wanita Indonesia

Neelofa Bakal Dilantik Duta Aplikasi Line