in ,

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran

Pada jam 3 petang semalam (Selasa, 2 November 2010), Budiey sempat menghadiri Sidang Media Pengumuman Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik AJL25 (jubli perak) dan sesi cabutan undi yang dianjurkan oleh TV3 di Manhattan 1, Level 14, Berjaya Time Square & Convention Centre, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

30 buah lagu daripada pelbagai genre akan bertandingan dalam 3 pusingan separuh akhir mulai 8 November 2010, setiap hari Isnin jam 10 malam. Setiap malam, akan ada tema yang tersendiri iaitu Tema 80an, Tema 90an dan Tema Millennium.

DSC_0146

Dihadiri oleh penyanyi dan artis serta komposer terlibat, sidang media ini juga menarik minat media untuk mengetahui senarai artis dan lagu yang akan bertanding dan bakal terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 25.

Opening Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25 dibuka oleh persembahan menarik dari nama-nama yang pernah mengukir nama di AJL, Yuna, AIzat dan Faizal Tahir.

Setelah meneliti senarai 30 buah lagu yang terpilih, Budiey dapat merasakan saingan di separuh akhir tahun ini akan lebih kerana semua lagu akan bertanding sesama sendiri. Ini menandakan tahun ini juga tiada kategori samada balada, pop rock atau irama etnik yang dipertandingkan.

Lebih kurang 80 buah lagu pencalonan telah diterima oleh pihak TV3 namun tidak semua yang terpilih kerana kali ini lagu yang dipilih berdasarkan mesra di telinga dan mesra pada pendengar. Ini bermakna, lagu dipilih berdasarkan populariti dan dipasang di radio. Undian secara online juga dibuat untuk menentukan lagu manakah yang paling digemari oleh peminat.

Sebanyak 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Isnin jam 10.00 malam bermula 8 November 2010.

Video Sekitar Pengumuman 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 & Cabutan Undian:

Antara finalis yang hadir di sidang media petang tadi ialah Aizat; Yuna, Faizal Tahir, Adibah Noor, Lan & The Typewriter, Adira AF8, Shahir AF8 dan ramai lagi.

Separuh Akhir Muzik Muzik 25 diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Jibam) dari Primeworks Studios dan masih mengekalkan pengacara yang serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Menurut penerbitnya, Jibam atau Ahmad Shaifullizam Arshad pemilihan kali ini dibuat 100 peratus undian pendengar dan turut mengambil kira kajian dari carta lagu dan kekerapan ia disiarkan melalui enam radio popular tempatan.

“Pemilihan 30 buah lagu ini adalah melalui undian daripada pendengar dari lama web Muzik Muzik dan kita juga mengambil kira melalui carta lagu dari enam buah stesen radio popular selain mengenal pasti kekerapan ia diputarkan. Ini kerana kita mahu lagu yang dipertandingkan kali ini ialah lagu yangmesra telinga dan sudah diketahui umum.”

Saringan ini juga akan diadili oleh lima juri yang bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air.

Sebanyak 12 buah lagu yang layak akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional dan ini akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik Bahagian 3.

Siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. senarai 30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik sebelum melangkah ke Anugerah Juara Lagu 25.

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :

  1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
  2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir  Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
  6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
  7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  8. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
  9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
  11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
  12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an. Artis Jemputan: Ramlah Ram :

  1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
  2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
  3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
  7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
  9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
  10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
  11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
  12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

DSC_0134

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :

  1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
  2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
  4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
  5. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
  6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

Budiey nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta.

DSC_0106

DSC_0121

DSC_0102

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25

Maxis Rewards Customers During Deepavali